Kerabu taugeh, salah satu pembuka selera dan pelengkap pada hidangan. Rasanya yang masam, manis dan masin secukup rasa, kalau ratah begitu saja pun sedap sangat.
Bagi yang suka makan kerabu, mak-mak boleh variasikan. Kerabu pucuk paku, kerabu kerang, kacang botol, termasuklah kerabu taugeh. Nak buat pun sangat senang.
Bagi yang suka kerabu berkuah, boleh lebihkan santan. Tapi kalau yang suka kering, boeh cuba resipi yang dikongsikan oleh Siti Hazneza, selain resipi ini dibuat cara orang lama-lama. Memang padu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Buat Sendiri Kerabu Maggi Thai, Resipi ‘Mengidam’ Khairul Aming, Kecur Air Liur!
Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!
Bahan/Cara Membuat:
2 biji bawang besar – mayang nipis
2 inci halia – potong jurai
1 bunga kantan – cincang
2 batang serai – ambil bahagian lembut dan hiris nipis
½ cawan beras – disangai (dry roasted) dan tumbuk kasar
2 cawan kerisik – tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak
1 cawan sambal belacan/ secukup rasa
p/s: Kerabu ini versi sayuran sahaja kecuali belacan dari udang.
Boleh tambah perut, kerang atau udang jika mahu.
200 gm taugeh dibuang ekor dan dicelur
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu.
Siap. Rangup dan kering. Jika suka versi yang basah, boleh letak 2-3 sudu makan santan ya.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kecur pula tengok kerabu taugeh ni. Kalau nak sedap lagi, boleh tambah kerang, perut lembu, udang dan sebagainya. Selera masing-masing.
Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita