Resipi KERABU MANGGA Letak Budu Punyalah Sedap, Confirm Rasa Ketagih Nak Makan Lagi!

Share

Resipi KERABU MANGGA Letak Budu Punyalah Sedap, Confirm Rasa Ketagih Nak Makan Lagi! Jika suka makan kerabu mangga cuba tambah dengan budu memang lebih’terangkat’ rasanya, masam manis masin pedas secukup rasa. Makan pula dengan nasi putih panas-panas dan ikan goreng. Memang tak cari lauk lain dah.

Ikut resipi Kerabu Mangga Budu yang dikongsikan oleh Aqida Hassan ini sebagai panduan;

– KERABU MANGGA BUDU MAK MEAH –

Kenangan bersama my mom (Hajjah Jami’ah Binti Baron).Sambil sama-sama buat kerabu mangga, dapat deeptalk dengan beliau, adalah kenangan paling manis dalam hidup ini.

Doakan beliau dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepadaNya.

Bahan-bahan :

12 biji mangga epal muda (yang sedang-sedang masak. Senang nak sagat).
5 batang bunga kantan
5 biji bawang besar
20 batang cilipadi biasa, merah+hijau (tak guna kampung,takut pedas sangat)
12 biji limau kasturi
udu Cap Ketereh (rujuk pada gambar)
2 senduk gula (agak-agak je. Kemanisan mangga juga mempengaruhi)

Cara Membuat:

1. Sagat buah biji mangga epal. *Guna penyagat seperti yang dalam gambar. Hasilnya dapatlah racikkan halus gedik-gedik. Baru sedap nak kunyah.

Racik halus dan panjang-panjang. Jangan malas gi buat pendek-pendek, tak cantik.

2. Masukkan bawang besar(potong melintang bagi panjang), bunga kantan, cilipadi warna warni bagi nampak cantik dan gula. (Semua kena digunting/dipotong nipis-nipis).

3. Masukkan air limau yang dah diperah dan dibuang bijinya. Tapi kulit limau jangan buang, gunting halus-halus kulit dia, masuk sekali. Lagi sedap.

4. Goncang budu, pastu masukkan sebotol terus. (Make sure rasa dulu budu tu elok ke tak. Pernah cuba budu jenama lain, tapi tak sesedap cap ketereh ni. Paling sedappp) *Ada orang suka letak udang kering, taknak letak budu, pon terpulang. Tapi percayalah, letak budu, confirm rasa ketagih nak makan lagi.

5. Gaullahh semua sampai seia dan sekata. Kalau rasa kurang manis, tambah gula, nak pedas tambah cili padi lagi. Ikut citarasa masing-masing. Kita guna konsep The More The Merrier

6. Last sekali packing, masuk dalam bekas yang muat dalam peti sejuk. Esok tengahari, boleh makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Fuhhhhh… Terangkatttt.

Dahhh siap. Selamat mencubaaa…
Share banyak-banyak supaya semua orang boleh rasa keenakannya

Mesti Baca:Menu Meratah ‘Kerabu Perut Muda Pucuk Paku Taugeh’, Sangat SEDAP Mudah Buat!
Baca Lagi Di Sini:Pernah Makan Di Restoran Bangkok, Buat Sendiri Kerabu Suhun ‘Sedap Nak Mampuih’!
Artikel Menarik:Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda, Ya Ampun SEDAP Amat!

Mingguan Wanita: Sedapnya kerabu mangga ni bila letak budu. Terasa masam, manis dan masin secukup rasa. Memang sedap terangkat!

Sumber:Aqida Hassan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab