Resipi Kek Sarang Semut Menjadi, Selain Pakai Oven, Guna Rice Cooker Atau Bakar Atas Dapur Gas Pun Boleh!

Share

Mudah je rupanya mak-mak nak buat Kek Sarang Semut atau Gula hangus yang menjadi. Jika tiada oven dirumah boleh juga gunakan periuk nasi atau bakar je atas dapur gas. Kek Sarang Semut yang menjadi, bila ada tekstur lubang-lubang ‘sarang semut’ pada kek tersebut.

Ini resipi dan cara buat Kek Sarang Semut yang mudah, dikongsikan oleh Raja Amanina sebagai rujukan mak-mak. Bolehlah buat untuk hidangan minum petang ni.

Berikut perkongsian beliau;

“Excited tengok kemenjadian lubang-lubang sarang semut tu. Buat 2 biji terus sambil nak bagi jiran sebelah rumah..Semalam dah buat kek coklat moist..ni try bakar guna rice cooker..ikut resepi asal guna butter ni kita pakai marjerin je..tak perlu perap terus bakar je..nak guna oven pun boleh.

Bahan-Bahan:

1cawan gula
1cawan air panas
1cawan tepung gandum
Setengah cawan marjerin
Setengah tin susu pekat
4 biji telur
1camca besar baking soda@soda bikarbonat
beberapa titik esen vanila

Cara Membuat:

1.Panaskan gula api sederhana hingga perang jangan hangus.
2.Bila keperangan tuang air panas sikit-sikit (masa ni hati hati iya)perlahankan api dan kacau hingga gula betul-betul larut dan sebati.
3.Masukkan pula marjerin, kacau sebati dan tutup api.
4.Dalam mangkuk pecahkan telur kacau pakai sudu je bersama susu pekat.
5.Masukkan tepung,baking soda dan esen vanila.
6.Tuangkan air gula hangus ketika masih panas,kacau sebati.
7.Tuang ke dalam loyang yang disapu marjerin, bakar guna rice cooker
masak macam biasa.Kalau nak bakar guna oven suhu 160°40minit.

Info Ekstra!

**Adunan tu saya masukkan dalam Loyang yang disapu marjerin. Tapi jika nak masukkan adunan dalam periuk rice cooker terus pun boleh.Rice cooker saya agak besar tak nak kek jadi nipis tu yang saya masukkan adunan dalam loyang masak macam biasa.

**Nak guna periuk rice cooker bakar atas dapur gas pun boleh guna api
kecik je.

**Saya dah cuba dua-dua kaedah alhamdullilah menjadi.

**Nak lubang semut banyak-banyak nanti potong melintang kek tu.

**Cucuk kek dengan pisau untuk tengok dah masak ke belum. Biasa dalam 30-40minit je, guna dapur gas pun sama je.

Sumber: Raja Amanina

Published by
Suhaidah Abd Wahab