
Masih dalam mood raya lagi kan. Mungkin stok-stok kuih raya dah tinggal sikit, nak kena top up. Walaupun, tak adalah beraya sangat cuma anak beranak sahaja, raya tetap di sambut. Kuih muih raya mesti ada gak atas meja. Biskut moden, kuih tradisional pun mesti nak kena ada kan.
Ingat tak masa dulu-dulu, orang suka buat kek oren. Kiranya memang tradisi bila time raya kek oren mesti kena ada atas meja untuk di jamu pada tetamu.
Nieza Nor Hamnira turut berkongsi resipi kek oren dulu. Katanya,senang sangat nak buat, rasa pun sedap dan tak muak. Mak-mak boleh cuba buat kat rumah ye.
RESiPI KEK OREN SEMPOI SEDAP
Bahan:
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia raya bersama keluarga di suatu masa.

MW: Walaupun tak dapat pulang raya, kek oren nie pun dah menggamit kenangan. Jangan meleleh air mata pulak bila makan nanti.
Resipi: Nieza Nor Hamnira
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut Conflakes Madu Paling Simple Kesukaan Anak-Anak, Guna 4 Bahan Je!

Isi Kandungan
ToggleJika nak buat kuih raya yang mudah-mudah dengan anak-anak, boleh cuba buat Biskut Conflake Madu ini. Memang paling simple dan menjadi kesukaan anak-anak. Bahan-bahan pun tak banyak, yang pastinya mesti jadi punya dan sangat sedap. Bila dah makan tu, tak sedar habis sebalang.
Ikut resipi Biskut Conflake Madu yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus ini.
Jom saya kongsikan buat biskut conflake madu yang paling simple kesukaan
anak-anak.Hanya menggunakan 4 bahan je.
Bahan-Bahan:
1 Kotak conflake kotak besar
1/2 cawan madu
6 sudu besar gula pasir
6 sudu besar planta
paper cup
Gula Manik halus warna warni (optional)
Cara Membuat:
1. Cornflake diramas-ramas bagi hancur sikit ye.
2.Panaskan planta dan gula hingga cair. Masukkan madu.
3.Tuangkan bancuhan gula, planta dan madu yang telah cair ke dalam conflake. Angkat dari dapur tu terus curah je panas-panas tu.
4. Kemudian masukkan hiasan manik-manik tadi dan gaul-gaulkan hingga sebati.
5. Susun paper cup di dalam loyang dan sudukan bancuhan ke dalam paper cup.
6. Setelah penuh bancuhan diisi dalam paper cup bolehlah dibakar dalam oven.
7. Bakar anggaran sepuluh minit atau sehingga conflake berubah warnanya. Saya selesa guna oven lagend ni jer. Cepat dan mudah.
8. Inilah hasilnya setelah siap dibakar. Biarkan sejuk seketika bolehlah disusun dlm balang yang ditutup rapat supaya tak masuk angin.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa sahabat
Tip Ekstra!
- Selain planta boleh juga gunakan mentega (butter), rasanya lebih sedap dan berlemak.
Baca Lagi DiSini:
Wanita Ini Turunkan Resipi 25 Tahun, Royal Pineapple Cheese Tart Gebu & Cair Dalam Mulut Yang Dibuat Niaga
MW: Mudah je resipi Biskut Conflake Madu ni, guna 4 bahan je! Paling simple nak buat dan memang menjadi biskut raya kesukaan anak-anak.
Sumber: Norashikin Mohd Yunus
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan Ala Baba Nyonya Penuh Cita Rasa Malaysia

Isi Kandungan
ToggleMasakan di negara kita dipengaruhi oleh pelbagai bangsa yang ada di negara kita termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang.
Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. Dikongsikan tiga masakan udang Baba Nyonya. Sedap tau.
Sila cuba ye!
UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor Udang XL – potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas – potong dadu
2 biji tomato – belah empat
2 biji cili merah – hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – koyakkan
1 mangkuk santan
½ mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
- Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
- Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
- Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
- Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
Ada resipi juga di sini:
Nak Kurangkan PEDAS Sambal Penyet KENA Masak Lama, TAMBAH Udang Geragau Lebih Sedap
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
UDANG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang XL – bersihkan dan potong janggut
½ mangkuk air asam jawa pekat
1 batang daun saderi – potong serong
Sedikit gula Melaka mengikut rasa
Sedikit daun bawang
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- biji bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 biji cili merah – hiris nipis
CARA MEMASAK:
- Perap udang bersama dengan air asam jawa. Kemudian goreng dengan sedikit minyak. Goreng seketika dan angkat. Ketepikan.
- Kemudian dengan minyak yang digoreng udang tadi, tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air asam jawa daripada perapan udang tadi dan daun saderi. Akhir sekali masukkan gula Melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL UDANG
BAHAN-BAHAN:
- ekor udang XL – bersihkan
1 mangkuk cili kering yang dikisar

- biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan pes tomato
½ mangkuk air asam jawa
3 sudu makan minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
- Kemudian masukkan pes tomato diikuti air asam jawa dan biarkan masak seketika.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Resipi: RASA
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Buat Memang Sedap DUMPLING Ni, ‘Laku Keras’ Sat Je Licin!

Isi Kandungan
TogglePertama kali buat Dumpling terus menjadi dan sedap anak-anak suka makan, malah memang ‘laku keras’ sekejap je habis licin. Bagi yang suka masakan cina boleh cuba buat sendiri di rumah. Mudah je. Malah kalau tak berapa rajin nak buat kulit dumpling, boleh beli je yang dah ‘ready made’.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini sebagai panduan;
Saya tak terer bang..tapi saya try.First time makan, first time buat memang sedap dumpling ni. Anak-anak pun suka makan, laku keras sat je licin.
DUMPLING AYAM & UDANG
Bahan-Bahan (Kulit Dumpling): (boleh juga beli yang ready made)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
1 cawan air panas
Bahan-Bahan (Inti Dumpling):
1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar -di cincang
1/2 batang carrot -di parut
1 batang daun bawang -di hiris
1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
Bahan-Bahan (Minyak Cili):
1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih -di cincang
1 inci halia -di cincang
1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -dihiris
1/4 cawan cili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam halus
1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-dihiris
1/2 sudu teh bijan yg disangai
Cara Membuatnya:
1.Kulit Dumpling
- Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu.
- Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit.
- Potong doh kecil-kecil. Ambik satu & canai nipis. Tekap dengn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu.
2.Inti Dumpling
- Blend kering 2 keping dada ayam & 10-15 ekor udang hingga halus.
- Satukan isi ayam & udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam & gula. Kacau sebati.
3.Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air ditepinya & tutup. Kelim beberapa kali di tepinya & tekan kemas.
4.Didihkan air di dlm pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat & kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
5. Minyak Cili
- Panaskan minyak di atas api. Di dalam bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap & minyak bijan. Cili flakes yang saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.
- Tuang minyak panas perlahan-lahan dan biar ia mendidih bersama bahan-bahan tadi seketika, kemudian kacau.
- Campur dengan daun bawang hijau & bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili.
Baca Lagi Di Sini:
Sup DUMPLING Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Makan 40pcs!

CARA BETUL Buat Garlic Chili Oil, Barulah Tak Hangit & Tahan Lama!
Mingguan Wanita:Walaupun baru pertama kali buat dah jadi buat dumpling ni.Memang sedap, anak-anak suka makan sekejap je dah licin.
Sumber: Nor Al Fatihah
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI