Siapa sangka resipi Kek Mentega dalam buku teks Bahasa Melayu Darjah 2, nampak gebu, sedap elok menjadi dan mudah pula nak buatnya. Ramai yang dah buat dan puas hati dengan hasilnya, hanya guna 5 bahan je.
Resipi viral kek darjah 2 ini telah dicuba oleh Puan Izyan Syazwani Mohd Wazir Memang sedap rasanya dan harum semerbak baunya.
Kek darjah dua.Pernah baca posting dalam ni. Kita pun try la.Haa..betoi elok jadi dia.Dah la sedap, mudah pulak tu. Akak pakai self rising dengan pure butter.Bau semerbak hampa ui.
Salin sesiap resepi..esok-esok nak kena hantaq balik buku tu. Hampa try tau, tobat sedap tak muhong.
1. Ayak tepung gandum ke dalam bekas.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan tepung gandum sedikit demi sedikit kemudian kacau adunan sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celsius.
6. Sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan.
Mingguan Wanita: Wah simple je resipi kek viral dalm buku teks darjah 2 ni. Guna 5 bahan je. Boleh cuba nanti. Memang sedap elok, menjadi mudah pula tu.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Tak susah nak buat apam nasi sejuk ni. Bahan asasnya dari lebihan nasi sejuk di dapur rumah anda. Biasanya lebihan nasi tu kita buat nasi goreng atau campurkan dalam cekodok jagung. Ini ada satu lagi idea best yang suri boleh praktik. Mudah saja nak membuatnya.
Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.
Nak Lagi Sedap, Buat Cara Ini
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Rupanya ada caranya tak payah guna kicap pun, ayam goreng tetap boleh garing jadi warna coklat keemasan. Bukan apa bila kita buat Nasi Ayam, biasanya nak buat ayam goreng ia perlu diperap dengan kicap barulah warna ayamnya cantik dan tak pucat.
Namun sebenarnya tak perlu guna kicap pun, tetap ayam boleh warna cantik, coklat keemasan macam ni.
Boleh cuba resipi ayam goreng garing seperti yang dikongsikan oleh Puan Asnida Sharizal ini. Memang mudah dan menarik.
Bila ayam Nasi Ayam tengah mandi minyak.Camne nak buat macam tu? Takyah pakai kicap bagai.Meh nak share resepi.
Bahan-Bahan:
Satu jag Air kosong
3 sudu Madu
2 sudu Cuka
3 biji Limau nipis (ambik jusnya)
Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi, Menu Kampung Yang Buat Kita Makan Bertambah-tambah
Asam pedas ikan kerisi memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...