Resipi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan, Cara Orang Lama Senang Sangat!

Share

Resipi yang biasa mak-mak buat dengan ikan tenggiri tentulah masak kari. Masakan kegemaran ramai kerana kuahnya yang berempah dan pekat.

Biasanya, untuk kuah pekat dan berlemak dalam resipi kari ikan tenggiri tentulah dengan masukkan santan dalam gulainya.

Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad adalah masak kari ikan tenggiri tanpa guna santai. Cara orang dulu-dulu ikut style resipi ibunya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Nenek Sambal Telur Hancur, Goreng Telur Dulu Sampai Garing, Baru Sedap!

Resipi SAMBAL Masak Tradisi Orang Selama Perak, Belajar Dari Arwah Mak Mentua!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Ini resipi kari ikan tenggiri emak style. Cara masak kari tapi tak pakai santan. Senang sangat.

Bahan-bahan:

1.5kg @ 1 ekor ikan tenggiri – potong
10 biji bawang merah kecil.
1 inci halia.
2 biji bawang putih.
2 sudu besar rempah campur kasar (biji sawi, jintan dan halba).
5 biji tomato.
3 biji cili hijau besar.
3 tangkai daun kari.
1 sudu besar pes asam jawa dengan 1/4 cawan air.
7 sudu besar rempah kari ikan. Suka hati nak pakai rempah apa semua sedap.
Air.
Garam.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dihiris.

3. Masukkan rempah kasar (biji sawi, jintan dan halba). Kacau rata dan pastikan biji sawi masak.

4. Bawang dah layu, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau lagi.

5. Masukkan daun kari

6. Masukkan rempah kari.

7. Masukkan sedikit air. Dalam 2 cawan dahulu. Kalau masih pekat baru tambah.

8. Bila dah mendidih baru masukkan ikan. Kalau nak goreng dulu pun boleh. Emak tak goreng, jadi kita ikut cara orang lama.

9. Apabila mendidih, jangan kacau. Elak ikan hancur. Masukkan air asam jawa ya.

10. Masukkan garam secukup rasa

11. Siap sudah.

12. Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Jangan risau tak ada santan, masih boleh masak kari pun.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora