Resipi yang biasa mak-mak buat dengan ikan tenggiri tentulah masak kari. Masakan kegemaran ramai kerana kuahnya yang berempah dan pekat.
Biasanya, untuk kuah pekat dan berlemak dalam resipi kari ikan tenggiri tentulah dengan masukkan santan dalam gulainya.
Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad adalah masak kari ikan tenggiri tanpa guna santai. Cara orang dulu-dulu ikut style resipi ibunya.
Ini resipi kari ikan tenggiri emak style. Cara masak kari tapi tak pakai santan. Senang sangat.
Bahan-bahan:
1.5kg @ 1 ekor ikan tenggiri – potong
10 biji bawang merah kecil.
1 inci halia.
2 biji bawang putih.
2 sudu besar rempah campur kasar (biji sawi, jintan dan halba).
5 biji tomato.
3 biji cili hijau besar.
3 tangkai daun kari.
1 sudu besar pes asam jawa dengan 1/4 cawan air.
7 sudu besar rempah kari ikan. Suka hati nak pakai rempah apa semua sedap.
Air.
Garam.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
Ads
2. Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dihiris.
3. Masukkan rempah kasar (biji sawi, jintan dan halba). Kacau rata dan pastikan biji sawi masak.
4. Bawang dah layu, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau lagi.
5. Masukkan daun kari
Ads
6. Masukkan rempah kari.
7. Masukkan sedikit air. Dalam 2 cawan dahulu. Kalau masih pekat baru tambah.
8. Bila dah mendidih baru masukkan ikan. Kalau nak goreng dulu pun boleh. Emak tak goreng, jadi kita ikut cara orang lama.
9. Apabila mendidih, jangan kacau. Elak ikan hancur. Masukkan air asam jawa ya.
Ads
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Siap sudah.
12. Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Jangan risau tak ada santan, masih boleh masak kari pun.
Bagi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Sos Pencicah sedap, rasa dan rupanya sebiji macam beli dekat kedai boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nu Ha ini.
Sos pencicah ni memang sesuai dinikmati dengan keropok ikan, keropok lekor, celup tepung, cucur udang, cekodok bilis dan sebagainya. Memang puas hati hasilnya dan lebih jimat bila buat sendiri.Malah terjamin kebersihan serta paling penting tanpa bahan pengawet.
Resepi Sos Pencicah
Bahan-Bahan:
3 sudu besar cili kering kisar
1cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula pasir
1 keping nise kerek
Garam
1/4 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil tepung jagung/ubi
*jika suka pencicah lebih gelap warnanya, gantikan gula pasir dengan 1sudu besar gula merah.
Cara Membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk kecuali tepung jagung. Bancuh sebati.
2.Buka api sederhana. Kacau sampai mendidih.
3.Masukkan bancuhan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sampai likat. Tutup api.
Rupa sos dan rasanya sebijik macam beli yang dijual dah. Boleh cuba jual juga. Selamat mencuba ye.
Mingguan Wanita: Boleh cuba buat sendiri sos pencicah ni dekat rumah. Sesuai cicah dengan keropok, keropok lekor, celup tepung, cucur udang dan macam-macam lagi lah.
Jika selalu buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang telur. Malah, jimat sikit bajet tak semahal harga ayam dan daging. Menurut perkongsian pemilik resipi Puan Siti Anah Saleh, rendang telur ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak mahupun pulut kuning.
Berikut resipi yang dikongsikan sebagai rujukan;
“Hari mak try buat nasi lemak rendang telur.Terima kasih pada pencetus idea ni Pak long semenyih tu.Firstime buat rendang telur sampai anak pun tanye, mak tiru resepi siapa ni. Rendang ni kalau makan dengan nasi lemak atau pulut kuning ok lah.Kalau makan dengan nasi putih tentulah sedap rendang ayam atau daging”
Bahan-Bahan:
Telur anggaran 30 biji
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
11 ulas bawang merah
Cili kering / cili api ikut suka banyak mane
2 sudu makan rempah kari daging babas ( terpulang rempah jenama lain)
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan kerisik
1/2 caw santan kotak (mak memang guna santan tak banyak)
2 helai daun kunyit.
Asam keping, gula dan garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Rebus telur dan goreng dalam kuali, tapi kalau tak goreng pun ok je.
2.Kisar bawang, halia, lengkuas, serai dan cili, serta sehelai daun kunyit.
3.Tumis bahan yang dikisar agak-agak wangi masukkann rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.
4.Masukkann santan, asam keping, gula & garam.
5.Tambahkan sikit air letak asam keping masukan kerisik.
6.Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan telur.Terpulang nak kuah banyak ke kuah kering.
7.Taburkan rendang dengan hirisan daun kunyit.
Siap!
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.
Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak tukar selera atau tengah bajet bahan basah, boleh cuba resipi rendang telur yang dikongsikan ini. Sedap dimakan bersama nasi lemak atau pulut kuning.
Tak susah sebenarnya nak buat sushi sendiri. Yang penting tau resipi dan cara nak buatnya. Paling penting puas hati nak makan banyak mana dan jimat tak perlu nak beli lagi. Iyalah kalau beli, harga sushi ni pun tak lah murah mana, nak makan pun berkira-kira. Baiklah buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ni, gerenti jadi.
Bahan-Bahan:
2 cawan beras calrose
4 cawan air
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit lada hitam (optional)
Garam, gula
Cara Membuat:
1.Basuh beras macam biasa dan tanak beras guna rice cooker.
2.Dah masak keluarkan nasi tadi dan letak dalam bekas.
3.Masukkan, Garam, gula,kalau gantikan perasa secukup rasa pun boleh.
4.Kemudian, masukkan cuka makan,minyak bijan & lada hitam letak dalam nasi dan kacau sekata.
Bahan-Bahan lain:
Telur Dadar dipotong memanjang
Crab stick dicelup terlebih dahulu
Sosej dicelup dahulu
Salad
Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap
Timun dipotong memanjang
Udang dibuang kulit dan direbus atau dibakar
Seaweed/yaki nori untuk menggulung
Plastik & talam (untuk menggulung)
Cara Membuat:
1.Isi plastik besar atas talam/dulang.
2.Letak nori/Seaweed .
3.Letak nasi calrose tadi dan nipiskan nya (dalam gambar)
4.Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yang disediakan.Gulung kemas-kemas.
5.Potong dan boleh dimakan dengan sos atau kicap lada.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...