Penggemar makanan Jepun di restoran sushi pasti suka makan jeruk halia. Nak buat jeruk halia ini sebenarnya tak susah. Dalam masa 6 jam setelah diperam, sudah boleh dimakan.
Resipinya tak susah. Bahan-bahannya pun mudah dicari. Nak lagi sedap, peram lama sikit. Selepas itu nak makan dengan nasi pun sedap juga!
“Biasa tak makan kat Sushi King halia ni? Kali ni saya buat #gari atau #pickledginger atau biasa kat restoren sushi orang panggil #sushiginger from scratch. Halia hasil tanam sendiri dijadikan jeruk halia. Makan dengan nasi pun sedap.”
Halia muda
Gula putih
Garam
Cuka
Pewarna merah (optional)
Air sikit
Artikel berkaitan:
Resipi SERBUK COLEK KERING Hanya Guna 4 Bahan, PEDASNYA Boleh Tahan!
Resipi Peria Goreng, Campurkan 3 Jenis Bancuhan Tepung, Barulah Rangup!
Biji Selasih Tinggi Serat & Mineral, Perut Kenyang Usus Sentiasa Sihat!
1-Hiris atau sagat halia nipis-nipis. Senipis kertas kalau boleh.
2-Rendam sekejap halia tadi dengan sikit pewarna merah (untuk dapatkan effect pink, kalau tak nak pewarna pun tak pe). Jangan guna banyak, nanti dia jadi merah tak cantik.
3-Gelegakkan air dan masukkan halia yang direndam tadi lebih kurang 2 hingga 3 minit.Toskan halia hingga kering.
4-Selepas ditoskan, halia yang dimasak kejap tadi akan jadi warna macam dalam gambar. Pink-pink sikit.Kalau tak letak pewarna pun still akan develop pink-pink sikit.Ikut nak letak or tak.
5-Masak air gula,garam dan cuka. Saya guna 1/2 cawan gula perang + garam 1 sudu besar + cuka 1/2 cawan +1/2 cawan air biasa (untuk dapat effect warna yang cantik you all guna je gula putih. Sebab rumah saya takde gula putih jadi saya pakai apa ada je).Masak hingga mendidih dan sejukkan.Bila dah sejuk air gula cuka tu,masukkan halia tadi dalam bekas kaca dan tuang air gula cuka tu dalam bekas tu.
6-Rendamkan halia dan simpan dalam peti sejuk.
7-Dalam 6 jam boleh dah makan.Lagi lama peram lagi sedap.
Selamat mencuba.
Sumber Resipi / Gambar : Tina Zahra Zamanuddin