Jemput-jemput nasi. Kadang-kadang, pening kepala memikirkan kuih apa yang nak dibaut untuk berbuka, sahur atau buat kudap-kudapan lepas terawih. Memandangkan masih ada baki nasi, bolehlah buat jemput-jemput kan.
Kali ini, Aisyah Humaira berkongsi resipi buat jemput-jemput nasi. Nampak simple tapi mengenyangkan. Paling penting anak-anak pun suka sebab ada jejari ketam lagi kan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cekodok Roti Mudah, Lelaki Pun Sambil Pejam Mata Boleh Buat!
Pekena Cucur Ayam Crispy Luar Rangup Dalam Juicy, Tak Cukup Sepinggan
Ranggup dan lembut di dalam. Sangat sedap dan mengenyangkan. Bolehlah buat nanti untuk anak-anak.
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air atau boleh agak-agak
2 1/2 cawan kecil tepung gandum
15 batang crabsticks – di potong kecil
Daun kucai secukupnya – di hiris halus
Sedikit garam serbuk cukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya:
1. Kisar nasi bersama air sehingga lumat dan sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersama bahan kisar dan semua bahan lain.
3. Kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak dan keperangan.
5. Siap. Sedap cicah dengan sos.
Mingguan Wanita : Simple dan sedap. Buat untuk anak-anak nanti.
Sumber: Aisyah Humaira
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita