Resipi IKAN GORENG Sedap Stail Orang Dulu-Dulu, Memang Nikmat Bertambah Nasi!

Share

Ada resipi dan stail orang dulu-dulu goreng ikan. Walaupun hanya ikan goreng namun boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Jika selalu kita hanya menggunakan serbuk kunyit dan garam, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Memang nikmat!

Boleh cuba kelainan ikut resipi ikan goreng yang dikongsikan oleh Ummi Hana
ini.

Ikan goreng akak stail nasi panas-panas ade sambal belacan, budu, ulam-ulam petai sikit pun dah cukup nikmat.Alhamdulillah.

Bahan-Bahan:

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar garam halus
Belacan sikit ( optional )

Cara Membuat:

1. Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur lepas tu tumbuk bawang merah, bawang putih tak lumat sangat pun tak pe
2. Masukkn cili kisar gaul-gaul rata masukkan dalam bekas bertutup simpan dalam peti nak guna ambik sikit.
3. Lumur ikan dan perap sekejap lepas tu goreng.
4. Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan.

Info Ekstra!

  • Guna sudu besar, banyak tapi bukan guna sekligus tu. Buat stok simpan dalam peti. Senang tak payah tumbuk banyak kali.
  • Kalau simpan bekas bertutup elok seminggu pun tahan takde hal.

 

 

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!
Baca Lagi Di Sini:Resipi IKAN GORENG Mak Mentua, Rasa Memang Padu Buat Macam Ni!
Artikel Menarik:PETUA Goreng Ikan Supaya Tak Berbau Hanyir Atau Melekat Di Kuali

Mingguan Wanita:Nak goreng ikan, boleh cuba resipi stail orang dulu-dulu yang dikongsikan ini. Memang sedap, nikmat bertambah-tambah nasi dibuatnya.

Sumber: Ummi Hana

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab