Ikan celup tepung, memang cukup popular di negeri Pantai Timur. Ratah dan makan dengan sosnya sedap sangat. Nak-nak keenakan serdaknya yang ranggup, boleh buat kita tak berhenti.
Macam mana nak pastikan ikan celup tepung ini berserdak, ranggup dan sedap. Bila buat kat rumah susah nak jadi ye. Jangan risau, Ummi Hana berkongi resipinya. Nanti bolehlah cuba masak di rumah nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Rahsia Peria Goreng Crispy Ala Mamak Nasi Kandar, Ranggup & Tahan Lama
Pisang Goreng Rangup, Bancuhan Tepung Tanpa Bubuh Kapur Pun Serdaknya Krup Krap!
Inilah ikan celup tepung style saya.
Bahan-bahan:
1 paket tepung beras cap gajah 3 ekor
2 biji telur ayam
3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar air kapur
Garam secukup rasa
Air ais – supaya tepung tak cair dan tak pekat.
Caranya;
1. Campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan air ais itu mengikut kepekatan yang sesuai.
3. Kacau sebati dan masukkan telur serta air kapur.
.
4. Selepas itu, celup ikan ke dalam bancuhan tadi sehingga tersalut rata.
5. Goreng ndengan menggunakan minyak yang banyak dan api sederhana.
Tip:
1. Boleh saja gunakan air biasa tapi air ais ini akan buat tepung lagi ranggup.
2. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah tepung akan jadi berkerak cantik.
3. Gunakan telur itu pun boleh untuk serdak yang lagi cantik.
4. Bancuhan tepung ini sesuai untuk makanan lauk, keropok, ubi, pisang, sukun, cempedak dan sebagainya.
Mingguan Wanita. Memang ralit kalau makan serdaknya, Tengok-tengok dah habis satu pinggan.
Sumber: Ummi Hana
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita