Jika selalu kita masak nasi berlauk je, sesekali boleh tukar selera buat menu western pula. Boleh cuba resip kayangan Gratinated Baked Potatoes ini, senang nak buat dan rasanya sangat sedap, padu dengan rasa daging dan cheese. Buat untuk hidangan keluarga atau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh MrsNor Wahid ini.
Nak share satu lagi resepi kayangan. Senang buatnya dan sedap sangat sangat. Gratinated Baked Potatoes.
Bahan-Bahan:
French fries
200gm daging burger – siat siatkan kecil kecil
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili kering kasar
1 sudu lada putih
2 biji telur
1 cawan susu full cream
1 cawan anchor cream
1 kuib pati ayam
cheddar cheese, parmesan dan mozzarella
mixed herbs
butter untuk menumis
Cara Membuat:
1. Susun French fries dalam bekas aluminium foil.Tak perlu goreng, susun yang mentah-mentah gitu aje.
2. Cairkan butter, tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging burger, kacau rata, masukkan serbuk cili kering, lada putih dan kuib pati ayam.
4. Tumis hingga daging masak. Bila dah masak tutup api. Masukkan daging itu ke dalam bekas French fries tadi.
5. Satukan telur, susu dan cream.
Ads
6.Kacau kacau dan tuang ke atas kentang tadi hingga menutupi kentang dan daging. Taburkan cheddar cheese, parmesan dan mozzarella. Sebelum bakar taburkan mixed herbs.
7. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Jika mak-mak sedang mencari menu ringkas, sedap dan mudah disedikan untuk potluck sekolah anak, boleh cuba buat Strawberry Peanut Butter Sandwich ini. Bukan apa, adakalanya buntu mak-mak nak sediakan menu yang anak-anak suka makan di sekolah. Lagi pula sekarang ni tengah musim anak-anak ada jamuan di sekolah.
Boleh cuba idea menarik yang dikongsikan oleh Puan Syahirah Adnan ini sebagai rujukan;
Strawberry peanut butter sandwich ni memang menarik & paling laris masa potluck di sekolah anak tadi.Thank you pada sis yang share idea sandwich ni haritu.
2 bungkus roti ni boleh dapat satu box sandwich tu. Ada lebih pulak lagi roti butterscotch tu.
Resepi kengsom ini ada banyak versi. Yang biasa kita jumpa di Malaysia, kengsom yang menggunakan bahan masakan ikan siakap, kangkung dan nenas. Haa.. kali ini resepi Kengsom Kung Chaom dimasak menggunakan udang dengan kepingan telur dadar istimewa.
Dan resepi ini MW peroleh originaldari air tangan wanita Thailand, Suttarat Wan Hanifah(Kak Ifah) sendiri. Khas untuk pembaca MW yang mahu mencuba kelainan dalam memasak kengsom.
Bahan PENTING Perlu Ada Dalam Masakan Kengsom
√ Kata wanita Thailand ini lagi, dalam apa juga masakan kengsom, perkara penting yang perlu diletak di dalamnya adalah sos ikan, asam jawa dan palm sugar.
√ Masakan kengsom asli tidak perlu ditumis.
√ Selain kangkung dan nenas, mak-mak boleh juga menambah bahan lain dalam masakan kengsom seperti bunga dan rebung.
√ Manakala jenis ikan yang sesuai untuk masakan kengsom adalah ikan siakap. Tapi di sesetengah tempat lain, macam-macam jenis ikan digunakan. Malah ikan sungai juga mereka gunakan untuk masakan kengsom.
√ Ada pelbagai jenis kengsom, malah resepi kengsom pun berbeza mengikut sesetengah tempat di Thailand ini. Malah bahan-bahannya pun berbeza.
√ Rasa kengsom perlulah masam, masin, pedas dan manis di akhir rasa.
Resepi Kengsom Kung Chaom
(Kengsom Udang Bersama Telur Dan Pucuk Petai)
Resepi ini, menu kegemaran Kak Ifah dan keluarga. Dan resepi yang Kak Ifah share ini merupakan ‘basic’ kengsom. Bila ingatkan menu ini pasti air liur meleleh keluar.
Bahan-bahan Kak Ifah kategorikan kepada 3 jenis
(Semua ini ditumbuk dengan lesung hingga lumat)
A. Bahan untuk ditumbuk
10 tangkai cili kering besar
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar belacan
3 sudu besar cekur yang dipotong
3 sudu besar bawang merah
2 sudu besar isi ikan/udang yang direbus
B. Bahan untuk buat kuah kengsom
900 ml air rebusan ayam/air masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar palm sugar
3 sudu besar pati asam jawa
200 gram udang segar saiz sederhana
C. Bahan telur dadar
3 biji telur ayam
1 genggam daun pucuk petai
1/2 sudu besar sos ikan
Cara buat:
1. Tumbuk semua bahan A satu persatu sehingga sebati.
2. Pukul semua bahan C dan goreng seperti telur dadar. Potong telur dadar seperti 4 segi dadu.
3. Panas air rebusan ayam / air masak sehingga mendidih dan masukkan Bahan A (rempah kengsom) dalam air mendidih.
4. Bila mendidih lagi sekali masukkan bahan-bahan garam, sos ikan, palm sugar, pati asam jawa. (Boleh tambah rasa jika uolls suka)
5. Akhir sekali masukkan udang dan telur dadar sehingga air kengsom mendidih.
6. Tutup api. Kemudian hidangkan bersama nasi panas-panas
*boleh tambah lagi extra bahan jika suka.
Aduh sambil menaip sambil kecur air liur!
Pucuk petai yang ada dijual di pasaraya.
Info : Pucuk petai ini sejenis daun yang berbau seperti petai. Boleh didapati di pasar, pasaraya atau kampung-kampung.
‘Chicken Perattal’ Bukan Kari, Masakan Ayam Stail India Selatan Sedap Pekat. Sesekali ingin cuba kelainan masakan ayam boleh resipi Ayam Perattal atau ‘Chicken Perattal’ ini. Kalau masak ‘Chicken Perattal’ ni, memang sedap, wangi semerbak baunya memang membuka selera.
Boleh cuba resipi ‘Chicken Perattal’ yang dikongsikan oleh Sheena Supramaniam ini.
Ni saya nak share resepi simple tapi sedap. Chicken perattal. Mana tau dapat idea nak masak untuk petang ni kan.
Chicken Perattal bukan kari ye, salah satu masakan ayam stail India Selatan.
Bahan-Bahan:
3 keping ayam paha penuh (whole leg) – potong kecil
1 biji tomato
Sedikit daun kari
Daun ketumbar (jika suka @ ada)
Minyak kelapa @ minyak masak
1 keping kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan jintan manis
Air secukupnya
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan serbuk cili BABAS
2 sudu makan serbuk kari ayam / daging
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 ketul halia saiz ibu jari
Cara Membuat:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kelapa. Kalau tak ada boleh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap untuk masakan ni. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang diikuti jintan manis.
3. Tambahkan juga daun kari dan juga bahan kisar tadi.
4. Masukkan sedikit air dari blender kisaran. Tumis sampai pecah minyak.
5. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
6. Kacau sebati dan masukkan hirisan tomato.
7. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam / daging.
8. Kacau sebati dan masukkan garam dengan secukup rasa. Biar ayam masak menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekala.
9. Saya tak masukkan air. Lepas 15-20 minit, air dari ayam akan keluar sendiri dan akan dapat kuah pekat macam ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml-30ml sahaja. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah).
10. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit lagi.
11. Chicken Perattal siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas boleh, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat semua boleh.
Ada orang tanya serbuk cili brand apa sebab colour cantik.Serbuk cili tu saya guna brand babas ye.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...