Resipi Egg Mayo Sandwich Sedap, Berpuluh Kali Wanita Ini Olah Nak Dapatkan Rasa Tak Muak!

Share

Salah satu jenis sandwich yang mudah nak disediakan oleh mak-mak ialah sandwich telur mayonis.Ia sesuai disediakan baik untuk bekalan sarapan anak-anak waktu pagi mahupun untuk minum petang buat keluarga.Namun kerana berasaskan telur rebus dan mayonis membuatkan sandwich ini mudah muak.

Mak-mak boleh cuba resipi Sandwich Telur Mayonis oleh Puan Nur Laila Norharmim ini. Menurut wanita ini, resipi tersebut telah diolah berpuluh kali untuk mendapatkan rasa yang sedap dan tak muak. Malah resipi yang sama ini juga digunakan untuk jualan sandwichnya.

Berikut perkongsian wanita ini;

“Egg Mayo Sandwich (100% resepi jualan saya!) Lepas ni boleh buat je dari rumah. Mesti anak-anak teruja mak depa pandai buat sandwich sedap. Hihi.”

“Egg mayo saya bukan semata telur & mayo je tau. Berpuluh kali olah nak dapatkan rasa yang tak muak. (Sebenarnya saya tak suka egg mayo, tapi resepi ni buat saya suka dan makan dengan girangnya. Haha.)”

Bahan-Bahan:

5 biji telur rebus
5 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air perahan lemon/ limau kasturi
Timun jepun di dadu
1 sudu kecil lada hitam
Salad Romania
Tomato
Marjerin
Roti Potong

P/s: Pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih. Tak pernah beli pun sebenarnya. Boleh je guna mana-mana yang ada stok.

Cara Membuat:

1. Lenyek ikut suka ye. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.

2. Campur je semua bahan tadi. Lemon tadi perah dulu ye.

3. Kacau rata.Tadaaa, dah siap.

4. Sapu marjerin pada roti, letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.

5. Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti dan potong kepada 4 bahagian.

6. Siap. Resepi ni boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

MW: Mudah je kan cara nak buat Sandwich Telur Mayonis ini. Anak-anak pun boleh je buatb sendiri di rumah. Paling penting ia sedap dan tak muak!

Sumber: Nur Laila Norharmim

Published by
Suhaidah Abd Wahab