Resipi DURIAN CREPE Sedap, Bertahun-Tahun Dibuat Niaga, Bahan Pun Tak Banyak Mana

Share

Musim durian ni, ada durian lebih bolehlah cuba buat pencuci mulut mudah seperti Durian Crepe ini. Memang sedap apatah lagi makan sejuk-sejuk, nak buat pun bahan-bahan tak banyak mana. Lebih jimat, boleh buat besar-besar dan letak topping penuh ikut citarasa. Nak sediakan untuk keluarga atau nak buat untuk jualan pun boleh sangat.

Boleh cuba resipi Durian Crepe yang bertahun-tahun telah dibuat niaga oleh Puan Lalola Ezzany ini.

Memandangkan dah musim doyan, moh ler buat resepi ni. Saya buat niaga dan bertahun-tahun dah. Kalau ada yang nak cuba boleh la. Bahan-bahan pun tak banyak mana. Kalau beli luar durian crepe ni dah berape ringgit.

Bahan-Bahan (crepe/ lempeng):

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula aising
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu segar (tak kisah brand apa)
Pewarna
3 sudu besar mentega cair
Air secukupnya

Cara Membuat:

1.Kisar bahan-bahan di atas sehingga halus.

2. Hasilnya bila adunan dah dikisar tak boleh pekat sangat, tak boleh cair sangat tak cantik lempeng nanti.

3. Ni nak buat topping krim, dekat bakeri ada banyak brand, tapi yang nak tak payah campur gula dah, dah manis. Saya guna fresh cream, Non Dairy Whipping Cream jenama Value Pride.

Tak sama dengan dairy whipping cream.Non dairy whipping cream tak perlu masukkan apa apa bahan dalam adunan, hanya tinggal mixer kan sahaja dan dia akan kembang 2 kali ganda dari asal dan harga dia murah rm10-rm14.50 untuk satu kotak.

Dairy whipping cream kalau mixer dia akan kembang naik 1 kali sahaja. Dan rasa dia tawar so perlu tambah gula/susu pekat. Harga untuk 1L sekarang rm20++.

4. Pukul sampai kembang guna mixer.

5. Bile krim dah kembang, nak tau krim tu kental ke tak cuba terbalikkan bekas. Kalau tak jatuh tu menjadi la tu.

6. Kemudian, ambil 1 senduk buat lengang. Seeloknya guna kuali yang tak melekat tu. Agak-agak dah masak bawah tu boleh angkat.

7. Lenyekkan isi durian.

8. Ni topping dalam lempeng. Caranya letak krim putar atas lempeng, isi durian, kemudian krim putar dan akhir sekali lipat kemas.

9. Jadi lah macam ni, dapat dalam beberapa biji.

Selamat Mencuba! Sedap makan waktu sejuk-sejuk.

Mesti Baca:Buah Betul-Betul ‘Fresh’, Beli Durian Pastikan Bahagian Tangkai Masih Lagi Bergetah!

Baca Lagi Di Sini:SIMPAN Durian Frozen, Balut Dengan Wraper, Senang ‘Defrost’ Tak Melekat!

Artikel Menarik:Buat Aiskrim Durian Sendiri, Memang Sedap Sangat ‘Pure’ Rasa Duriannya!

Mingguan Wanita: Tengah musim durian ni, boleh cuba buat sendiri Durian Crepe di rumah. Mudah je, malah lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri. Boleh buat besar-besar, letak topping penuh-penuh.

Sumber: Lalola Ezzany

Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab