Sedapnya makan durian crepe, lebih-lebih lagi dinikmati waktu sejuk. Lapisan luarnya lembut, inti dalam isi durian berlemak dan krim yang sangat sedap. Jika dibeli boleh tahan harganya durian crepe ni. Lebih menguntungkan bila mak-mak buat sendiri. Puas hati makan. Kalau rajin boleh buat niaga, untuk tambah pendapatan.
“Musim durian sikit-sikit ni en suami beli dan mintak buatkan durian crepe.Dah siap masuk peti dulu. Suka sharing apa yang kita buat mudah-mudahan membantu. Pada yang tak pernah cuba, selamat mencuba.”
“1 adunan ni dapat dalam 9 pieces, kalau nak lebih gandakan.Resepi saya dah olah ikut kesesuaian saya”.
(A)
1 cawan tepung gandum/self raising mana-mana je
1 biji telur
2 sudu kecil mentega/marjerin
setengah cawan susu segar
setengah cawan air
garam secukup rasa
pewarna kuning
Fresh cream untuk filling saya guna jenama vivo / value pride
1 cawan whipping cream
1 mangkuk isi durian lagi banyak lagi sedap
(Kulit):-
1. Blend semua bahan A dan tapis.
2. Panaskan kuali non stick sapukan dengan minyak masak sikit.
3. Dah panas sendukkan agak-agak, jangan tebal sangat.
4. Dah masak ketepikan.
(Inti) :-
2. Letakkan di tengah-tengah kulit dan bungkus ikut kesukaan masing-masing. Dah siap!
Selamat Mencuba!
MW: Menarik perkongsian resipi durian crepe ini. Jika ada lebihan durian dekat rumah tu, mak-mak boleh lah cuba resipi ini. Sedap sungguh makan ketika sejuk-sejuk. Tak perlu beli! lebih jimat.
Sumber: Hanizanor Binti Mohamed