Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat! Donut selalunya kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Memang tak jemu membuatnya. Jika mak-mak inginkan kelainan boleh cuba resepi Donut Pisang ini pula. Memang sedap, aroma wangi pisang rasa berlemak dan manisnya pula ngam-ngam je di tekak.
Lanjerr Donut Pisang. Aroma bau pisang & rasa dia memang sedap ya amat.
Resepi Donut Pisang
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh)
2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi)
2 cawan susu pisang (farm fresh@dutch lady)
Emulco pisang kuning@putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak je tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain).
1.Masukkn tepung, majerin, mauripan, susu pekat gaul sebati.
2.Kemudian masukkan susu pisang gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air @ lebihan susu pisang, uli sehingga kembang.
3.Biarkan doh seketika, kemudian dah boleh mendonat.
5. Dah sejuk gaul gula icing,siap.
Selamat mencuba! Hasilnya donut pisang wangi & rasa berlemak. Jangan risau tak manis rasa dia ngam-ngam tekak..cuba dulu lah baru tau.
Mesti Baca:Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!
Baca Lagi Di Sini: Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!
Artikel Menarik:Resipi DONUT Tanpa Telur & Marjerin, Elok Lembut, Gebu Tak Rasa Muak!
Mingguan Wanita:Suka buat donut, boleh cuba kelaianan resipi donut pisang ni. Memang sedap aroma wangi bau pisang manis berlemak secukup rasa.
Sumber:SuiSan Aliezsha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.