Resipi Donut Gebu Gebas Red Velvet Viral, Rasanya Teramat Sedap

Share

Resipi donut gebu gebas red velvet viral, rasanya teramat sedap. Mak-mak gerenti suka dengan donut red velvet yang sedang popular sekarang. Ini kerana warnanya sangat menarik dan paling penting rasanya sedap. Masa yang sama, adunannya membuatkan donut gebu gebas.

Bagi kaum ibu yang nak mencuba resipi donut red valvet, bolehlah cuba resipi dikongsikan oleh Eira Aziera ini. Gerenti jadi dan paling penting sedap.

Resepi donut red velvet

Bahan A

3 sudu besar yis
3 sudu besar gula

Air suam (air tak boleh terlalu panas & terlalu sejuk. Nanti yis mati dan tak kembang. Satukan bahan di atas. Kacau sebati sampai berbuih dan tunggu sampai yis kembang

Bahan B

1 kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
3 sudu susu pekat
2 sudu red velvet emulco (saya bancuh dengan dengan air sedikit)
Secubit garam

Cantik je warnanya kan. Nak makan pun sayang sangat. Gebu je tengok
Mak-mak boleh pilih nak salut gula ke atau coklat. Pilihan masing-masing

Gaulkan bahan-bahan sampai sebati. Lepas tu masukkan bahan A. Uli sampai licin dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh dalam bekas yang tertutup sampai doh kembang. Lepas doh kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut tadi.

Goreng dengan minyak panas dan api sederhana kecil. Siap goreng, boleh salutkan dengan gula atau coklat. Ikut cita rasa masing-masing.Senangkan, jadi mak-mak boleh mencuba buat ya. Kredit :- Eira Aziera

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter

, Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Resipi SUP CENDAWAN BERKRIM Dibuat Niaga, Mudah Guna Cendawan Butang Dalam Tin!

Resipi Sup Lada Hitam Tanpa Minyak Bantu Segarkan Badan, Orang Berpantang Pun Boleh Makan!

Published by
almaswa Haji Che Ros