Mak-mak yang dalam program diet lebih berhati-hati memilih jenis makanan yang sesuai. Bimbang salah ambil boleh sebabkan kegagalan usaha nak kuruskan badan. Resepi ini sesuai untuk anda, sebabnya ia tak perlu digoreng dengan minyak
Ini perkongsian dari FB Puan Liza Love Emran yang diambilnya dari youtube dan diolah dengan menambah daun bawang agar wangi.
Katanya, “Resepi ini sesuai untuk Diet Atkins, Lowcarb, carb-cycling dan Eat Clean Diet
‘Bahan-bahan (Untuk Seketul Dada Ayam)
Secekak daun baby bayam
Sepokok kecil daun bawang
1 1/2 keping keju cheddar
1/2 sudu kecil mentega
Secubit garam dan lada sulah (sebagai perisa)
Nota: Opps lupa.. seketul dada ayam tanpa kulit
1. Celur daun bayam sekejap. Dah layu cepat-cepat angkat dan bilas dengan air sejuk. Perah airnya. Potong-potong supaya hancur.
2. Hiris kecil daun bawang.
3. Koyakkan keju kecil-kecil.
4. Gaul semua bahan kecuali ayam. Simpan di dalam peti sejuk 20 minit.
5. Dada ayam dibuat poket. Caranya ialah cucuk mata pisau di tepi sisi dada ayam gerakkan mata pisau di dalam isi ayam hingga membentuk poket. Kalau tak tahu boleh belah dada ayam menjadi bentuk butterfly (kena pin dengan chopstick lepas dah letak inti).
6. Ambil inti yang di dalam peti sejuk tadi dan sumbat ke dalam dada ayam.
7. Bahagian luar dada ayam bolehlah diperap sebentar dengan garam, lada sulah, atau serbuk kari, atau rempah cajun atau apa-apa perapan kesukaan anda.
8. Grill sebentar (hingga berwarna perang coklat) kedua-dua bahagian dada ayam di dalam grillpan beroles butter.
9. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
Nota: Siap untuk dimakan dengan salad kesukaan.
Selamat mencuba resepi diet ini!
Sumber/Foto: Liza Love Emran via Mingguan Wanita