Resipi Crab Rangoon, Guna Kulit Popia Aje Ganti Kulit Wantan. Sedap Pun Sedap!

Share

Bulan Ramadan nie, seleranya lain macam. Kalau boleh penuh meja makan dengan makanan. Tapi bila teguk aje air, selera yang sebelum nie terus hilang. Kenyang. bagi mak-mak pula, benda yang difikirkan adalah untuk anak-anak berselera makan.

Oleh sebab, bazar ramadan tak ada, mak-mak mesti puas fikir makanan apa yang nak masak kan!. Zulfaza Loves Cooking ZLC

ada kongsikan hidangan ringkas untuk berbuka.

“Sebenarnya, kalau mak-mak nak pelbagaikan hidangan, boleh cuba hidangan ringkas ini. Ia berasal dari masyarakat China Amerika.

“Asalnya, bahan asas adalah menggunakan kulit wantan tetapi memandangkan dalam tempoh PKP ni suakr untuk dapatkan bahan, jadi saya gantikan dengan kulit popia. Anak-anak pun suka rasanya sebab saya letakkan inti cream cheese.

Crab Rangoon

Bahan inti:

1 paket jejari ketam (crab filament) – hiris

400 gram cream cheese

Cili padi secukupnya – hiris/cincang halus

1 pokok daun bawang- hiris

  • Satukan semua bahan dan gaul rata.

Kulit popia secukupnya – potong 4 jika kulit saiz besar

1 biji putih telur

Minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat:

Ambil sekeping kulit popia. Letakkan sesudu kecil inti. Sapukan putih telur di sekeliling kulit popia. Bentukkan seperti di dalam gambar. (Boleh juga dibentukkan seperti popia sekiraya susah untuk mengikut bentuk berkenaan).

Pastikan kulit melekat elok agar intinya tidak terkeluar semasa menggoreng.

Ulang proses sehingga inti habis dibalut dengan kulit popia.

Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.

 

 

Published by
Nora