Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.