Bagi penggemar ‘cheese’ resipi ‘Cheesy Layer’ ini antara yang wajib dicuba.Sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut, makan sejuk-sejuk. Buat untuk keluarga atau nak buat jual pun boleh sangat. Boleh cuba resipi ‘Cheesy Layer’ yang dikongsikan oleh Puan Irna Harlina ini. Antara resipi ‘Best selling’ yang dibuat niaga dulu, adunan untuk 10 bekas.
Ingat lagi tak saya pernah share kan resepi aiskrim yogurt dulu? Kali ni, saya nak share kan satu lagi resepi dessert yang sangat sedap, nampak serupa tapi tak sama.
CHEESY LAYER…Ni pun antara best selling saya dulu. Sekali buat, memang tak kurang dari 80 bekas. Alhamdulillah..Ni pun antara favourite encik suami, sampai dia sanggup belajar untuk buat sendiri tau.Hehee..Korang cubalah pulak. Jangan mintak saya buka order pulak ye.
RESEPI CHEESY LAYER
(10bekas sq350)
500g Cream Cheese
200g Susu Pekat Manis
500ml Dairy Whipping Cream
250ml Susu Full Cream / Fresh Milk
100ml air sejuk
Biskut marrie secukupnya
Coklat Ganache / Filling Buah-buahan
1. Mix cream cheese & susu pekat manis sehingga texture cream cheese smooth dan tidak berketul.
2. Masukkan whipping cream & mix lagi sehingga adunan pekat & agak kental.
3. Masukkan susu full cream & mix lagi sehingga sebati.
4. Tambahkan air sejuk supaya adunan tidak terlalu pekat dan mix lagi sehingga sebati.
Cream Cheese -> Biskut marrie -> Filling -> Cream Cheese -> Biskut marrie -> Cream Cheese -> Filling (Lorek-lorekkan)
Sejukkan dalam peti sejuk atau chiller sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman lebih baik. Masa dulu saya jual RM10 untuk satu bekas.
Dalam gambar saya selitkan kaedah double boil untuk buat Coklat Ganache.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!
Senangnya Buat Souffle Cheesecake, Hanya 3 Bahan & Tak Guna Tepung Langsung!
Mingguan Wanita : Menariknya resipi cheesy layer ni adunan sukatan untuk 10 bekas. Nampak sangat sedap, boleh buat untuk keluarga atau nak buat niaga pun boleh sangat. Terima kasih berkongsi resipi best selling ni, boleh cuba nanti.
Sumber : Irna Harlina
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita