Resipi cheesekut cukup popular dan menjadi kesukaan bukan saja anak- anak tapi mak-mak juga. Cara nak buat pun agak mudah, tak perlu bakar atau kukus pun, letak dalam peti ais saja.
Tapi ada mak-mak yang fikir panjang nak buat resipi cheesekut ini. Makalum sajalah harga cream cheese pun boleh tahan juga harganya. Namun, kalau dah teringin memang tak kisah pun harganya.
Ini ada solusi yang boleh mak-mak buat resipi cheesekut tanpa menggunakan cream cheese. Rasanya, bahan-bahan ini memang sentiasa ada saja kat rumah. Rasanya pun lebih kurang sama saja.
Perkongsian daripada Hasliza Suboh ini boleh mak-mak buat nanti untuk diberikan pada anak-anak. Makan sejuk-sejuk memang best sangat!
Pertama kali cuba resipi pun senang saja, cuma 4 bahan saja. Tak perlu bakar atau kukus. Lapiskan siap-siap dan masukkan dalam peti ais. Nanti bila sudah sejuk, boleh potong dan makan.
Ads
Ini bahan-bahan yang digunakan:
1 tin susu pekat
1tin susu cair
Biskut marie secukupnya (boleh juga gantikan dengan biskut biasa)
5 biji limau nipis (potong ambil airnya) – Kalau tak ada boleh guna serbuk limau nipis (2 sudu besar)
Caranya:
1. Masukkan susu cair, susu pekat, air limau nipis dalam blender. Kisar sehingga pekat. Tuangkan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik.
2. Susun biskut dan tuangkan bahan yang diblend tadi. Lapiskan dengan biskut sehingga habis.
3. Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk.
Ini yang sudah disejukkan. Kalau nak cepat sejuk, boleh saja masukkan dalam peti sejuk beku.
Ads
Bahan yang telah siap diblend. Lapiskan dengan biskut. Sebab biskut marie tak ada, guna bisukut tawar kecil saja.
Selamat mencuba.
Tip: Boleh kurangkan susu pekatnya, kalau mak-mak tak nak terlalu manis.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ikan Rebus cukup terkenal di negeri-negeri Pantai Timur. lauk simple yang cukup mudah dibuat tapi boleh buat makan nasi bertambah. Sebaiknya kita buat sendiri ikan rebus ni di rumah. Selepas rebus, biarkan semalaman baru goreng. Bila nak makan tinggal goreng je, barula lebih ‘kick’ rasanya.
Boleh ikut resipi dikongsikan oleh Aisyah Humairaini sebagai rujukan;
Ikan Rebus goreng style pantai timur. Rebus dan biarkan semalaman barulah ikan lebih ‘kick’ Serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan. Ada yang tak boleh makan kering-kering takut tercekik ye tak? Tapi saya ok je suka macam ni gaul bersama nasi panas cubit sedikit cili padi.Nikmat.
Bahan-Bahan:
7 ekor ikan selayang dicuci bersih
4 keping asam keping
3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
1 inci nisan (gula melaka)
4 keping hirisan lengkuas
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk dan tuang air.Sukatan air, tenggelam Separuh dari ikan.
2.Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
3.Biarkan semalam di dalam periuk tersebut dan keesokanya boleh la digoreng.Atau boleh juga terus digoreng.
4.Dalam minyak yang sama goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera.
Sup cendawan memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing. Nak puas makan, jimat serta berbaloi bila buat sendiri sup cendawan ni di rumah. Rasanya lebih sedap berbanding guna pes segera dalam tin .
Boleh cuba resipi yang dikongikan oleh Ain Azmi ini.
“Mushroom soup cara saya, lagi sedap dari guna instant. Jimat pon jimat, bole ler sesapa yang nak try.”
Bahan-Bahan:
Cendawan butang (beli kat supermarket tu)
Satu biji bawang besar (dicincang)
Susu segar apa-apa brand pon bedal je ( 1 mug)
Mentega untuk gantikan minyak (1 sudu makan)
Tepung Jagung untuk pemekat (1 sudu makan)
Lada hitam (ikut suka banyak mana ehh)
1 kiub pati ayam dilarut dalam air (1 mangkuk) so tak yah letak garam
Cara Membuat:
1.Cairkan butter dan tumis bawang.
2. Dah kekuningan masukkan satu sudu besar tepung jagung.
3 .Masukkan pula semangkuk cendawan butang.
4. Kemudian masukkan air kiub pati ayam dan kacau sebati.
5. Masukkan semua adunan dalam blender dan kisar halus.
6. Masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.Biarkan mendidih guna api perlahan.
7. Masukkan pula susu segar dan lada hitam .Siap! Boleh dicicah dengan roti bawang putih.
MW: Sedapnya hirup sup cendawan berkrim panas-panas, dicicah pula dengan roti bawang putih garing. Puas hati bila buat sendiri di rumah, jimat dan berbaloi berbanding beli.
Ada pelbagai versi resipi Daging Masak Hitam yang mak-mak boleh cuba.Perkongsian resipi Daging Masak Hitam Oleh Puan Jija Mubin ini antara yang menarik boleh dicuba.Menurut beliau, ia merupakan resipi turun temurun dan kesedapannya daging masak hitam ini pada hirisan bawang yang banyak. Lebih istimewa, keenakkannya yang tersendiri sehingga tak perlu lagi menambah gula, garam mahupun bahan perasa lain pada masakan ini.
Berikut merupakan perkongsian beliau;
“Daging Masak Hitam Resipi Turun Temurun family saya.Keenakkannya terletak pada bawang yang dihiris.Jika guna sekilo daging, bawang kecil ros pun sekilo…tapi kalau daging banyak macam ni 10kg…beli bawang besar je hiris, kalau guna bawang kecil,satu taman menangis nanti.haha”
Bahan-Bahan:
10 Kilogram Daging
10 Kilogram Bawang Besar
Cili Kisar (Ikut kepedasan)
2 Botol Setengah Kicap Manis Cap Kipas Udang
Daun Pandan
Serai (diketuk)
Air Asam Jawa
4 Sekawan (Kulit kayu manis,Bunga lawang, Buah pelaga, Bunga Cengkih)
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bawang yang dihiris, 10kg daging bersamaan 10kg bawang besar(nak sedap lagi guna bawang kecil ros)
3.Tumis sampai layu sedikit garing.
4.Dah layu dan sedikit garing,masukkan cili boh terpulang pada kepedasan.
5.Tumis sampai cili masak/ garing.
6.Kemudian masukan 4 sekawan,daun pandan & serai yang diketuk.
9.Bila daging dah empuk, masukkan sedikit air asam jawa.Masakan ni memang takde tambah gula garam sebab memang dah rasa elok je.
10.Bila dah masak,buang lebihan minyak diatas.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...