Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas, Hanya Guna Tiga Bahan, Paling Senang Nak Buat

Share

Cheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja.  Nak lagi puas makan, eloklah kita buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang.

Kalau ada yang kata nak buat cheese cake, cuba resipi cheese cake yang hanya guna tiga bahan ini. Cara membuatnya pun senang. Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.

Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas

RESIPI CHEESECAKE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka

Hanya Guna Tiga Bahan, Paling Senang Nak Buat

CARA MEMBUAT:

1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.

2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).

3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.

4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.

5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.

6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).

7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).

8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.

9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.

10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.

INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

Kredit: Nurul Ain Ridzwan

Baca artikel lain yang berkaitan: Cheese Cake Gebu 4 Bahan, Senang Buat & Confirm Jadi!

Kek Butter Cheese Blueberry, Nak Lebih Sedap Guna Butter Mahal Sikit

Burnt Cheese Cake Viral Wajib Dicuba Peminat Keju, Enam Bahan Je!

Published by
Has