Resipi CENDOL Betul-Betul Sedap, Guna Tepung Jagung Lebih Kenyal Tak Mudah Hancur. Ada pelbagai resipi dan cara untuk buat isi cendol. Bergantung citarasa masing-masing.
Kita boleh buat sendiri isi cendol di rumah. Lebih puas hati, jimat dan terjamin kebersihannya. Nak buat jual pun boleh sangat.
Ramai orang selalu buat cendol bahan utamanye tepung beras kan..kalau resepi saya,tepung jagung bahan utamanye. Ada beza dari segi rasa. Tepung jagung teksturnye lagi kenyal dan tak mudah hancur.
Resepi ni bukan lah turun temurun, ia resepi olahan saya dan arwah mak…apa yang kurang kami tambah. Akhirnye baru jumpa cendol yang betul-betul sedap..meh tengok resepi.
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur makan (bancuh dengan air)
Garam
Pewarna hijau
9 cawan air (2 cawan air pandan,baki letak air biasa)
1. Satukan semua bahan-bahan dan masak atas api besar. Kena sentiasa kacau supaya tak berbintil.
2. Bila adunan dah mula memekat, boleh kecilkan api. Terus kacau sampai meletop-letup dan berkilat.
3. Bila dah berkilat tu, sambung kacau selama 15 minit hingga 20min api kecil. Boleh nampak adunan berkilat-kilat. Jangan cepat sangat tutup api nanti cendol cair masa tekan nanti. Biar betul-betul masak.
4. Sediakan bekas berisi ais, tekan cendol. Boleh guna apa-apa yang berlubang. Siap!
5. Masa tekan cendol tu, api jangan padam. Nanti cendol berketul. Dah siap baru tutup api.
Santan Kotak
Air
Garam
2 cwn gula pasir
1 cawan gula merah
3 cawan air
daun pandan
Siapa yang dah berjaya buat, boleh buat jual isi cendol. Dulu saya jual 1kg isi cendol,RM6. Untung tau. Boleh jadi supplier cendol untuk peniaga.
Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca: Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puas Hati!
Baca Lagi Di Sini:
Mingguan Wanita:Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan. Bleh cuba resipi ni nanti.
Sumber: Iskandar Muadz
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.