Resipi Cekodok Pisang Cara Mak Mentua, Tak Perlu Masukkan Air, Barulah Garing & Lembut

Share

Cekodok pisang memang sedap untuk hidangan minum petang atau pagi. Elok cantik, garing dan lembut di dalamnya. Tapi kalau tak kena cara boleh jadi keras dan kemek saja bila sejuk.

Nampak macam mudah nak buat cekodok pisang. Sedangkan kalau salah cara boleh jadi keras dan tak kurang juga terlebih lembik.

Kali ini, kita kongsi cara nak buat cekodok pisang cara mak mentua pasti jadi dari Aina Nik. Paling penting cekodok bulat-bulat, comel dan tak kemek bila sejuk.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!

Campur Air Panas, Barulah CEKODOK Bulat-Bulat, Rangup Di Luar Lembut Berongga Di Dalam!

Cekodok Pisang Garing Di Luar, Lembut Di Dalam

Cara Membuatnya:

1. Kupas pisang yang dah masak ranum. Pisang sesuai untuk buat cekodok ialah pisang awak. Lenyek sampai halus.

2. Kemudian, masukkan 3 sudu gula. Lenyek lagi sehingga gula larut.

2. Lenyek lagi sehinga halus. Kalau masih ada bintil-bintil, tandanya belum lagi halus.

3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sukatannya boleh agak-agak dan masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak terlalu lembik, boleh masukkan sedikit tepung. Jangan sesekali masukkan air.

4. Selepas itu, gaul sebati.

5. Hasilnya, adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat.

6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak banyak.

7. Bila dah panas, cubit adunan dengan hujung jadi dan masukkan ke dalam kuali. Jangan terlalu besar, nanti bila sejuk ia akan jadi kemek. Pastikan bila menggoreng, cekodok jangan terlalu banyak dalam kuali. Bila dah nampak keperangan, kaup balik dan leraikan. Adun guna belakang sudip sehingga garing.

8. Bila dah masak, angkat dan nampak kecil-kecil. Garing di luar, lembut di dalam. Bila dah sejuk pun masih comel.

9. Sedap dan lembut. Tak cukup kalau makan sebiji.

Mingguan Wanita : Sedap sangat makan panas-panas, nak-nak bila hari hujan, sedapnya lain macam.

Sumber: Aina Nik


Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora