Resipi Burger Prosperity Ala McD SEDAP, Buat Sendiri Puas Hati Makan!

Share

Burger Prosperity menu bermusim yang biasanya dijual setiap kali tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Iaitu burger daging oblong yang disalut kuah lada hitam berkrim dengan hirisan bawang holland dan salad. Bagi peminat Burger Prosperity mahupun mak anak ramai sebenarnya boleh buat sendiri di rumah, lebih puas hati makan dan jimat. Paling penting ialah untuk hasilkan kuah lada hitamnya yang sedap seperti Burger Prosperity Ala McD .

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rusidawati Ab Rahman sebagai panduan;

Tengah hari ni tak masak nasi, makan prosperity burger je. Beli kat McD tak puas makan. Buat sendiri makan laaa puas-puas.

Bahan-Bahan:

Oblong Ayam Jenama Ramly (digoreng)
Iceberg lettuce (Guna salad ni sedap,rangup.Mahal sikit dari salad biasa tapi sedap)
Bawang Holland (Hiris Nipis)
Roti (roti kosong vanila brand daily’s)

Bahan Untuk Sos :

1/2 biji Bawang besar dipotong dadu
2 sudu Tepung gandum
1 gelas Air
1 sudu besar Lada hitam serbuk+tumbuk
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Kicap manis
garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Panaskan butter dan masukkan tepung gandum, kacau sampai jadi keperangan.
2. Selepas tu masukkan air dan kacau.
3. Masukkan pula bawang besar dipotong dadu tadi, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam, masak sampai pekat mana yang dikehendaki.


4. Dah nak masak,blend sekejap untuk hancurkan bawang yang ada dalam sos.

5. Grill kan daging oblong dan roti.


6. Celupkan daging yang dah goreng tadi, letak atas roti dan letak bawang yang dah dihiris tadi. Siap!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Air Garam & Lada Hitam, Penawar Sakit Kulit 3 Hari Kering Sembuh

Ini Rupanya Rahsia Sos Lada Hitam Marvellous, Lemak Berkrim Sesedap Rasa

MW: Memang berbaloi buat burger prosperity ini sendiri di rumah berbanding beli. Puas hati makan, jimat dan sangat berbaloi.

Sumber: Rusidawati Ab Rahman

Published by
Suhaidah Abd Wahab