Menarik idea yang dikongsikan daripada lebihan nasi putih kenduri boleh dijadikan bubur ayam malah disedekahkan pula kepada jemaah masjid. Hasilnya tak membazir, kreatif dan sedap pula. Sukatan resipi yang dikongsikan ini untuk 1 termos besar nasi.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Afidah Omar ini sebagai panduan;
Semalam kenduri rumah mak sedara. Nasi banyak lebih.. sayangnya lahai. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur boleh sedekah kat orang masjid. Harini mesti ramai kat masjid sebab solat Jumaat. Alhamdulillah dapat siapkan. Bubur Ayam Mekdah.
Saya kongsikan resipi bubur ni ya.
Bahan-Bahan:
1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
10 batang Lobak merah – potong kecil-kecil, nak senang parut je
10 kiub Kiub ayam
Garam – agak-agak secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 labu Bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari dihiris halus
Cara Membuat:
1. Rebus nasi dan air sampai kembang.
2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang dh dicarik, bawang dan halia
3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika.
4. Dah agak suam-suam buka balik api dan sambung rebus.
5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah
6. Selepas sejam dah boleh tutup api.
7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.
8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ejas ikut selera masing-masing ye.
*Masa merebus pastikan periuk ditutup ye.
Jika ada yang tak faham boleh tanya.. insya-Allah sama-sama kita kongsi ilmu.
Mesti Baca:Cuci NASI SEJUK Panaskan Dalam Rice Cooker, Elok Berderai Cantik Lembut Macam Baru Masak!
Baca Lagi Di Sini;Bubur Kanji Daging Berempah ‘Hot & Spicy’, Sukatan Periuk Muat 8Liter!
Artikel Menarik:Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!
Mingguan Wanita: Menarik juga idea ni, lebihan nasi tak habis tu boleh jadikan bubur, tak perlu tanak guna beras baru. Malah tak membazir.
Sumber: Nurul Afidah Omar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI