Ada cara dan resipi mudah rupanya nak buat Bubur Asyura Utara. Ikut sukatan ni boleh dapay 1 loyang besar. Memang puas hati dan berbaloi bila buat sendiri.

Bukan apa, selalunya bila masuk bulan Muharam atau hari Asyura pada 10 Muharam, ramai yang meraikannya dengan buat Bubur Asyura serta mengagihkan kepada jiran tetangga.

Bubur Asyura pula mempunyai pelbagai versi, bergantung pada ramuan yang digunakan mengikut negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri bahagian pantai timur mahupun utara, Bubur Asyuranya jenis manis berlemak dan kaya dengan pelbagai jenis kekacang. Namun paling penting, ia perlu dimasak lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.

Nak belajar buat Bubur Asyura Utara boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aishah Md Saad ini.Memang mudah!

BUBUR ASYURA UTARA. Hanya 2 cawan tepung dan guna santan kotak. Teringin nak makan, semalam terus buat. Resipi mudah dan cepat.

Bahan A

2 cawan Tepung beras
2 sudu Tepung jagung
1 kotak Santan (200ml)
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai Daun pandan
1 cawan Gula putih, Gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas

(Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi) Setelah kacau semua baru buka api perlahan)

Ads

Bahan B

1 tin Jagung
1/2 biji Ubi keledek (potong dadu dan rebus)
1/2 cawan Kacang hijau (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang merah (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang kuda (rebus dulu)

(Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak).

Resipi BUBUR ASYURA UTARA Mudah, Sukatan Boleh Dapat 1 Loyang Besar!

Ads

Cara Membuat :

Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk boleh makan.

Resipi BUBUR ASYURA UTARA Mudah, Sukatan Boleh Dapat 1 Loyang Besar!

Sukatan ni boleh dapat 1 loyang besar.

Ads

Mesti Baca:Petua Bubur Kacang Hijau Wangi & Sedap, SANGAI Sebelum Masak, Tak Perlu Rendam
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Bubur Tiub Basikal’, Sedap Lazat Nikmat Tak Terkata!
Artikel Menarik:Resipi Pumpkin Bua Loy @ Bubur Labu Viral, Makan Letak Ais Rasa Macam Cendol!
Lain Menarik: Begini Caranya KACANG HIJAU Cepat Kembang, Tak Payah Rendam Berjam-Jam, Rebus Lama-Lama!

Mingguan Wanita: Sedapnya, bubur asyura versi utara ni. Lemak manis rasanya. Ikut sukatan ni boleh dapat 1 loyang besar. Boleh cuba nanti buat sendiri di rumah. Boleh agih pada jiran-jiran juga.

Sumber:Nur Aishah Md Saad

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI