Resipi Brownies Paling Simple Tak Perlu Guna Penimbang, Kurang Manis & Jimat Bajet!

Share

Sesekali tekak teringin nak makan brownies yang sedap, namun harga bahan-bahannya yang agak mahal, berkira-kira juga nak membuatnya. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri brownies ni di rumah, dengan cara yang lebih jimat bajet dan tak perlu guna alat penimbang pun. Ia cukup mudah!

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Nna ini sebagai rujukan;

“Anak lelaki saya suka sangat makan brownies.Resepi ni Tak perlu penimbang.Brownies ni saya buat guna coklat masakan murah je. Tapi jadi jugak..resepi pun simple sangat. Yang penting kurang manis”.

Bahan-Bahan:

A (cairkan Cara double boil)
200g coklat masakan (saya Beli 1 pack memang dah 200g)
100g butter (saya potong ikut skala pada pack butter)
1 sudu makan serbuk Koko

B (ayak )
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecik baking powder

C
2 biji telur
6 sudu besar gula icing (saya blend halus je gula biasa)
1 sudu kecik esen vanila
Kacau sebati.

Cara-Cara Membuat:

1. Cairkan (bahan A) coklat masakan dengan butter dan serbuk Koko guna kaedah double boiler. Ketepikan.
2.Pukul (bahan C) telur dengan gula dan esen vanila sebati. Tak perlu lama.
3.Masukkan bahan coklat dengan butter tadi ke dalam adunan telur. 4.Kemudian kacau guna senduk saja.
5.Masukkan tepung serta baking powder (bahan B ) yang dah ayak dalam adunan coklat. Kaup balik sampai semua adunan sebati.
6.Lapik loyang 8″,dengan baking paper.
7.Bakar 170c selama 40 min.

Info Ekstra!

*Nak dapat kedut cantik, lepas masak, buka sikit penutup oven. Biarkan dalam 10 minit. Dah sejuk, boleh potong dan ngapp!!

*Maaf la kedut-kedut brownies saya hari ni hilang pulak kat tengah Tu, anak tak sabar nak ngap.. resepi saya, kalau ada tak suka atau tak senang dengan post ni maaf ya.

MW: Mudahnya mak-mak nak buat brownies yang sedap dan mudah ni. Yang penting bahan-bahannya lebih murah, jimat bajet dan tak perlu guna alat penimbang pun untuk sukatannya.Kena cuba buat sendiri nanti di rumah.

Sumber: Maya Nna

Published by
Suhaidah Abd Wahab