Resipi BROWNIES Kedut Kurang Manis, Cara MUDAH Semua Orang Boleh Buat!

Share

Brownies memang antara kegemaran ramai. Namun kalau kita beli selalunya teramatlah manis, terlalu kering dan sebagainya. Sebaiknya kita buat sendiri, boleh kawal kadar kemanisannya ikut citarasa sendiri.

Boleh cuba resipi Brownies yang dikongsikan oleh Puan Shida Razak KC ini, elok berkedut dan nak buat pun mudah, semua orang boleh buat.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

Siap dah brownies kedut saya untuk santapan keluarga. Cara saya ni mudah saja, semua orang boleh buat. Saya memang suka buat sendiri kurang manis and kena dengan tekak kami yang tak suka makan manis-manis sangat..just perfect.

Bahan A
Cairkan bahan-bahan di bawah dalam microwave 1 minit atau double boil.

50g butter (kc guna Salted Butter Anchor)
50g minyak masak
150g dark chocolate coin/bar 
*Dah cair kacau-kacau sebati letak tepi dulu.

Bahan B
Masukkan ke dalam basin

2 biji telur gred A atau B
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
140g Brown sugar (saya guna Dark Molases Sugar lebih sedap sebab dia lemak manis yang rasanya kurang manis. Kalau nak.jadi kan 130g pun boleh untuk brown sugar ya. Laras kemanisan mengikut jenis gula pilihan anda. Ikut citarasa masing-masing.

* Kacau rata dan sebati saja semua bahan-bahan di atas ya. Agak-agak gula dah larut, berenti mengacau.

* Masukkan bahan A kedalam bahan-bahan B. Gaul rata, sebati saja.

Bahan C
Ayakkan bahan-bahan dibawah.

100g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder (kalau nak hasil yang fudge lagi jangan letak baking powder)
25g serbuk koko (kc guna vanhouten) https://invol.co/cl8gxwu

*Masukkan bahan C ke dalam adunan sebati A & B. Gaul sebati. Hasil dia memang adunan tu akan jadi likat, itu yang kita mahu.

*Nak rich lagi. Boleh cincang coklat bar dalam 1/2 cup. Gaul dalam adunan sekali. Nanti dia melting-melting coklat masa kita gigit.

*Sediakan loyang 8×8 inci yang dah sapu butter dan kertas pembakar. Masukkan adunan dan bakar ke dalam oven 170⁰C selama 30-35 minit ikut kapasiti oven masing-masing.

Jangan over cook, nanti kering sangat pulak.Just nice gitu ok. Amik lidi cucuk, dah tak melekat masak la tu.

Yang ini gula saya letak 100g saja brown sugar. Sebab nak letak coklat bar cadbury. Tetap berhasil kedutan dan isi teksturnya sangat cantik.

 

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Brownies Cakekies, Letak Sedikit Serbuk Nescafe, Barulah SUPER Sedap!

Tip Rahsia Nak Bagi Kedut Brownies Cantik, Siap Boleh Buat Niaga

Brownies Raya, Resipi Guna Sukatan Cawan, Gerenti Jadilah!

Mingguan Wanita:Kalau nak cuba buat brownies yang kurang manis dan ikut citarasa sendiri dan paling penting sedap, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber:Shida Razak KC

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab