Resipi Brownies Cakekies, Letak Sedikit Serbuk Nescafe, Barulah SUPER Sedap!

Share

Sebut saja brownies, mesti akan terbayangkan keknya yang super sedap. Rasa coklatnya itulah bukan saja mak-mak yang suka tapi anak-anak pun tak kurang sukanya.

Memandangkan tak semu suka makan brownies yang super sedap ini makan, ada mak-mak yang cuba buat biskut. Agak nipis dan ranggup, seperti biskut coklat yang lain.

Masing-masing punya citarasa sendiri. Ada yang suka kek brownies dan ada yang suka biskut brownies yang nipis. Memang super sedapnya. Tapi tak semua berjaya nak buat brownies yang berkedut-kedut. Mungkin kedut-kedut itulah yang membangkitkan selesa.

Kali ini Cek Yah berkongsi resipi biskut brownies yang super sedap. Paling penting, resipinya meletakkan sedikit serbuk nescafe untuk membangkitkan baunya yang semerbak, ranggup dan sedapnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Mudah Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson, Tak Sempat Raya, Confirm Licin!

Resipi BERGEDIL BISKUT Sedap Makan Macam Tu Je, Tak Payah Cicah-Cicah

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Super Sedap Brownies Cakekies

“Nak makan kek tapi dalam masa sama teringin nak makan cookies
Jangan risau, Cek Yah tunjukkan resepi brownies cake + cookies = brownies ‘cakekies’

1. Campurkan coklat masakan dengan butter, cairkan menggunakan kaedah double boil.

2. Setelah semua cair, masukkan secubit garam dan 1/4 sudu kecil serbuk nescafe, kacau sebati dan biarkan.

3. Dalam bekas lain masukkan 90gm gula putih, 90gm gula perang dan 2 biji telur ayam gred A, putar lebih kurang 4 minit.

4. Setelah itu campurkan dengan adunan coklat tadi, kacau sebati.

5. Kemudian, masukkan 140gm tepung gandum, 30gm serbuk koko dan 1sk serbuk penaik.

6. Kacau sehingga sebati semuanya.

7. Bakar pada suhu 160’c selama 15 minit. Gunakan setting fan pada oven

8. Siapp!


8.

Selamat mencuba!

Mingguan Wanita : Bau brownies cakekies yang semerbak pun dah membangkit selera. Boleh cuba nanti.

Sumber: Cek Yah

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora