Resipi Brownies All Biscoff ‘Tengah In’, Harganya Pun Boleh Tahan, Jimat Buat Sendiri

Share

Sekarang ini, sebut sahaja biscoff, orang akan bayangkan tenant keenakannya yang digabungkan bersama cheese cake. Sedapnya. Malah, tidak mustahil, ramai yang jadikan biskut ini sebagai bahan utama untuk membuat kek.

Tak kisah jenis kek, asalkan bahagian atasnya mesti ada biscoff. Ada juga yang kata, makan saja pun dah sedap. Inikan pula kalau jadikan bahan untuk membuat kek terutamanya cheesekek. Memang meletop la.

Kek yang sedap mestilah harganya pun baik punya. Namun, tidak kisahlah berapa harga, asalkan ia boleh membuatkan kita rasa puas dengan keenakkannya.

Jika biasa biscoff digunakan untuk cheesecake, kali ini Azlina Ina Fans beri kelainan dengan membuat kek brownies ala biscoff. Katanya, beownies all biscoff yang dihasilkan fari idealnya sendiri pun tengah in dan tarikan di kedai kek miliknya.

Dia juga tidak kedekut ilmu dengan berkongsi resipi yang ingin jadikan jualan atau makan sendiri di rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi KEK OREN Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat, Lembut Elok Gebu!

Resipi Kek Oren Sempoi, Nostalgia Dulu-Dulu. Sedap & Tak Muak Pun!

Info Lebih Menarik DI SINI

Biscoff, Gabungan Dengan Brownies

“Jom buat brownies all biscoff. Sekarang ini, kek ini tengah in dan hot di kedai bakeri saya.

“Harga yang bakeri kami jual ialah RM12.90/slice. Tapi, pastinya, memang rasa asli biscoff yang bergabung dengan premium coklat beryls yang sedap.

Bahan-bahan:
400 gram beryls
150 gram butter

Cairkan beryls dan butter bersama. Apabila cair, masukkan 2 keping biscoff yang telah dihancurkan. Kacau sebati.

Bahan lain:
3 biji telur
90 gram gula perang halus

Kacau sebati bahan ini dan selepas itu masukkan bahan campuran coklat tadi.

Tambahkan dengan 20 gram crumble.

Kacau sebati dan masukkan 130 gram tepung naik sendiri.

Kacau sebati.

Selepas itu, lapik loyang 9×9 dengan kertas pembakar (baking paper).

Tuangkan adunan tadi dan tabur biscoff yang telah dipatah-patahkan di atasnya, bersama crumble.

Ikut kreativiti masing-masing untuk hiaskan dengan marble dot-dot atau corak yang diinginkan.

Panaskan oven dan bakar pada suhu, 150 darjah selsius selama 45 minit dengan api atas bawah.

Bila masak, biarkan seketika di dalam oven. Selepas itu, barulah keluarkan.

Hasilnya, cantik dan menawan.

Selamat mencuba!

MW: Kalau biasa buat brownies, bolehlah beri kelainan dengan letak biscoff, biskut yang cukup popular sekarang ni untuk setiap kek. Boleh cuba.

Sumber: Azlina Ina Fans

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora