
Isi Kandungan
ToggleMusim cuti sekolah ni, sesuai buat aktiviti bakar biskut dengan anak-anak.Ia juga salah satu cara penuhi masa dengan anak-anak juga. Lebih-lebih lagi, buat kalau buat biskut kartun kegemaran anak-anak, seperti Hello Kitty ni, mereka mesti bertambah seronok.
Berikut merupakan perkongsian resipi Hello Kitty yang dikongsikan oleh Puan Miraa.
Ada tak Hello Kitty LOVER macam saya dalam ni ? Semua benda nak Hello Kitty. Harini nak belanja resepi kuih raya hellokitty yang saya buat ni.Rangup diluar, cair didalam mulut gitu .
Bahan-Bahan:
250gm buttercup
1/2 cawan susu pekat
1/4 tepung kastard
1/4 cawan gula halus
400gm tepung jagung
1 sudu tepung gandum
sedikit esen vanilla
Bahan hiasan , coklat chip
Cara Membuat:
1.Campur butter dan gula halus . Kacau sebati
2.Masukkan susu dan esen vanilla . Kacau sebati
3.Masukkan tepung tepung tadi sikit sikit hingga habis . Sambil uli .
4.Kemudian tekapkan corak mengikut citarasa anda dan hiaskan mengikut kreativiti anda.
5.Bakar pada suhu 170°c selama 20-25minit .

p/s : Tanda kuih cukup masak , tapak kuih anda licin & tak melekat . Selamat mencuba!
Sumber:Puan Miraa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengorbanan Seorang Suami, Nekad Menahan Bahang Kebakaran Demi Selamatkan Isteri

Isi Kandungan
TogglePengorbanan seorang suami, nekad menahan bahang kebakaran demi selamatkan isteri daripada terkorban dalam insiden kebakaran yang berlaku di Beijing.
Kisah cinta sejati ini cukup meruntun jiwa apabila suami yang berjuang menyelamatkan isteri akhirnya pergi jua buat selamanya setelah mengalami kecederaan yang teruk.
Nekad Menahan Bahang Kebakaran
Pengorbanan seorang suami yang cuba melindungi isterinya ketika terperangkap dalam satu kebakaran meruntun hati apabila lelaki itu akhirnya meninggal dunia, lapor laman berita Mothership.
Insiden di Nanjing dalam wilayah Jiangsu, China itu menyaksikan si suami nekad memegang lengan isteri yang tergantung di luar balkoni rumah mereka di tingkat tiga blok kediaman sambil menahan bahang kebakaran yang menyambar dari dalam.
Wanita itu tidak dapat keluar dari bilik tidur apabila kebakaran berlaku dan dan cuba memanjat turun dari balkoni.
Artikel Berkaitan: “Ibu Ingin Selamatkan Anak-Anak.” Akhirnya Kesemua DiTemui Meninggal Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran
Demi Selamatkan Isteri
Suaminya yang menyedari kejadian itu terus memaut lengan isterinya ketika wanita itu tergantung di luar balkoni, kata seorang saksi.
Mangsa, Chen Chaochan dan isterinya, Wang Xueyu berjaya dibawa turun oleh anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu.
Bagaimanapaun, lelaki itu yang mengalami kesan lecur sehingga 98 peratus, meninggal dunia selepas sembilan hari dirawat di hospital.
Isterinya mengalami kesan lecur sebanyak 96 peratus, namun berjaya diselamatkan menerusi pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil.
Keluarga Xueyu masih belum memaklumkan kepada wanita itu mengenai kematian suaminya dan mahu menunggu sehingga keadaannya lebih baik.
Baca Di Sini : Remaja 15 Tahun Meninggal, Dianggap ‘Wira’ Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran
Pengorbanan Seorang Suami
Menurut saksi, pasangan ini telah berkahwin lebih sedekad dan mempunyai tiga anak yang dibesarkan di kampung oleh ibu bapa Chaochan.
Mereka menyewa bilik di flat tersebut namun hanya kediaman pasangan itu yang terbakar dalam nahas tersebut.
Keluarga mangsa berjaya mengumpul AS$157,000 (RM662,147) melalui platform dana khalayak atau crowdfunding, Shuidichou untuk membantu menampung bil perubatan mereka. – Agensi
Untuk elakkan daripada kebakaran berlaku di rumah, sediakan pemadam api. Sekurang-kurang jika berlaku sesuatu tidak diingini mak ayah bersedia.
Artikel Menarik : Berada Pada Suhu Api 400°-600° Celsius, Miasara Sebak Bayangkan Diri Jadi Mangsa Kebakaran!
Mingguan Wanita : Cinta sehingga hujung nyawa. Biarpun tahu bahaya menanti, suami ini tetap selamatkan isterinya.

Sumber : Kosmo Online
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harga Tiket RM113,801, Lelaki Kongsi Rasa Teruja Bakal Saksi Final Piala Dunia 2022 Qatar

Harga tiket RM113,801, lelaki kongsi rasa teruja bakal saksi final Piala Dunia 2022 Qatar. Sesekali bila lelaki berbelanja memang luar biasa. Malam esok akan berlangsung pertarungan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar. Dua pasukan bekas juara Piala Dunia iaitu Perancis dan Argentina akan berentap menentukan juara pada jam 11 malam waktu Malaysia.
Puluhan ribu penyokong kedua pasukan sudah berada di Qatar, negara Islam pertama yang diberi peluang dan ternyata Qatar dilihat begitu cemerlang menganjurkan sukan bertaraf dunia yang diadakan empat tahun sekali ini.
Dikatakan Qatar menerima 2.45 juta pengunjung di peringat awal perlawanan yang mana ia satu angka sangat luar biasa kerana Qatar hanya menyasarkan sekitar sejuta pengunjung sahaja. Pastinya masing-masing teruja dalam debar menanti siapakah yang bakal menjulang trofi berprestij ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Pertama Kali Alunan Merdu Ayat Al-Quran Berkumandang Ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA
Aksi Gadis Berhijab Buat Freestyle Di World Cup Qatar Kagumkan Ramai Lelaki, Power Timbang Bola
Dalam pada itu, pasti ramai yang ingin tahu berapakah nilai harga tiket Piala Dunia 2022 yang bakal berlansung di Stadium Lusail, Qatar yang bermula jam 6 petang waktu Qatar . Bukan kaleng-kaleng harga ya kerana harga tiket pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dijual pada harga yang berbeza.
Untuk makluman para isteri, minat luar biasa orang lelaki bukan murah sebaliknya mencecah RM113,801 untuk tempat duduk biasa. Dan tiket hanya dijual sebanyak 80,000 ribu tempat duduk sahaja. Dan demandnya sangat tinggi. Siapa cepat dia dapat.

Harga tiket akhir ini berharga RM86,963 dan selepas dicampur cukai sebanyak RM26,811, kos keseluruhan perlu dibayar ialah RM113,801. Jika dibayar dalam euro 24,156. Namun harga tiket ini mengikut kedudukan tempat duduk dan ada mencecah sehingga RM309,304,51 untuk pearl lounge seat atau 57,000 pound sterling. Dan tiket di atas dibeli oleh seorang individu bertuah yang bakal menyaksikan akhir Piala Dunia 2022 dan beli melalui sistem online.

Rezeki bagi yang minat dan punya banyak duit untuk terbang ke Qatar menyaksikan pertandingan akhir Piala Dunia 2022 malam esok.
Jika orang perempuan membelanjakan puluhan atau ratusan ribu membeli beg tangan berjenama dan sesekali bila suami berbelanja mahal sebegini untuk tempoh empat tahun sekali, jangan marah-marah ya. Sebaliknya sokonglah. Baru dikatakan saling hormat menghormati.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selagi Ada Kudrat Kami Akan Terus Mencari ACAP! Ibu Pemberi Semangat

Isi Kandungan
ToggleHanya pada Allah kita bergantung harap dan kepada-Nya kita berserah serta memohon pertolongan. Ternyata ujian ini amat berat buat keluarga Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap. Diuji kehilangan orang yang tersayang bukanlah suatu yang mudah, apatah lagi pelbagai usaha telah namun masih belum menemui kesan positif.
Namun begitu, keluarga Acap terutamanya abangnya tetap akan meneruskan operasi mencari selagi hayat dikandung badan. Selagi ada kudrat, dia akan terus-menerus mencari Acap. Ibu mereka adalah pemberi semangat agar pencarian Acap diteruskan.
Acap Anak Yang Rapat Dengan Keluarga
Usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail 2019 Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap yang hilang lebih setahun lalu masih lagi dijalankan.
Abang kepada Acap, Mohd Zahiruddin Hassan, 36, berkata, mereka sekeluarga tidak pernah berhenti berdoa untuk memohon petunjuk dan meneruskan usaha pencariannya.
“Kata-kata semangat serta sokongan semua menjadi faktor utama kami dalam meneruskan misi.
“Selagi ada kudrat, ruang masa dan waktu, kesihatan, saya akan cuba teruskan usaha mencarinya,” katanya ketika ditemui selepas operasi pencarian.
Mohd Zahiruddin berkata, selain itu kasih seorang ibu kepada anak juga menjadi pemberi semangat kepadanya untuk meneruskan misi pencarian itu.
“Acap pula boleh dikatakan anak yang rapat dengan keluarga, jadi kehilangannya sangat terasa.
“Sepanjang pencarian, saya juga berdoa semoga kes yang sebegini tidak menimpa kepada orang lain dan tidak ada lagi ibu yang sedih, sebab dugaannya memang berat,” katanya.
Diteruskan Selepas PKP
Menurutnya, misi pencarian adiknya itu kini diteruskan semula selepas dihentikan buat sementara waktu sebelum ini kerana akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini, operasi pencarian bergantung pada keadaan iaitu dua hingga tiga kali dilakukan dalam sebulan.
“Operasi pencarian sebelum ini dilakukan oleh beberapa kumpulan tetapi buat masa ini kita mempunyai kira-kira sepuluh orang dalam satu kumpulan,” katanya memaklumkan kali terakhir operasi dijalankan pada Januari lalu.
Berkumpul & Berbincang Sebelum Mulakan Operasi
Menurutnya, sebelum operasi pencarian bermula mereka kebiasaannya akan berkumpul terlebih dahulu di ruang arena di Kampung Pintu Padang yang sebelum ini dibuka sebagai pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Daripada situ kita mengetahui kapasiti setiap kumpulan yang mahu terbabit dalam operasi pencarian dan juga berbincang mengenai ‘hotspot’ yang disasarkan untuk operasi pencarian.
“Kita akan serapkan kepada kumpulan besar sekiranya kekuatan sesuatu kumpulan itu kurang, kerana kita mahu mengelakkan sebarang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini,” katanya.
Baca Juga Di sini:
Abang Acap Sama Terkesan, Simpati Dengan Pemergian Nora Anne Quoirin
Jahit Baju PPE, Cara Mak Lepaskan Rindu, Terkenang Acap Hilang
Fokus Kepada Tempat Tertentu
Menurutnya, operasi pencarian kali ini memberi fokus kepada pencarian melepasi ‘Check Point’ (CP) 6 hingga CP 10.
“Operasi pencarian sebelum ini memang sudah merangkumi pencarian di sekitar CP 1 hingga 6, namun kita akan ulang pencarian semula ke CP tertentu.
“Secara teknikalnya bukti gambar terakhir diperolehi di CP 6 yang menjadi antara bukti sahih Acap sudah melalui kawasan itu.
“Namun, kita tidak mempunyai sebarang bukti yang sahih mengatakan dia melalui CP10 dan tidak check in ‘finishing’ di CP 1, jadi itu yang sedang cuba kita rungkaikan,” katanya.

Masih Tiada Tanda Positif
Menurutnya, sehingga kini tiada tanda positif dan usaha pencarian masih yang dilakukan.
“Sepanjang pencarian ini juga kami cuba menjejak barang-barang peribadi tetapi sehingga kini kita masih tidak berjumpa walaupun satu barang dan itu yang menjadi misteri,” katanya
Menurutnya, mengambil contoh kes di Broga dan beberapa kes hilang yang lain operasi pencarian menggunakan kaedah ulang pencarian.
“Kebanyakan kes mangsa hilang ditemui di laluan yang sudah berkali-kali dilalui semasa operasi dan ditemui tidak jauh dari kawasan, jadi kita menggunakan alternatif yang sama untuk ulang pencarian walaupun hanya sekadar rondaan pada ‘track’ yang dia lalui,” katanya.
Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu apabila pihak penganjur dan rakannya yang membuat pencarian gagal menemuinya selepas acara tamat pada 2 petang sehari sebelum itu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, polis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan hampir sebulan kemudian.
MW: Semoga Allah memberi petunjuk dan Acap dapat ditemui secepat mungkin. Semoga keluarga terutama ibu Acap terus kuat menghadapi ujian yang berat ini.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI