Resipi Biskut Arab 4 Bahan, Sejukkan Sebelum Salut Gula, Susu, Barulah Cair Di Mulut!

Share

Bila nak raya mesti macam-macam jenis biskut raya yang disediakan. Salah satunya yang kena ada mestilah biskut arab atau ada yang panggil biskut makmur. Inilah biskut lejen yang menjadi kegemaran sesiapa saja.

Biasanya, kalau seminggu sebelum raya, mak-mak dah ‘bersilat’ buat biskut raya di dapur. Selalunya, mak-mak akan buat biskut yang senang, mudah dan sedap. Sebab itulah, biskut arab ini menjadi salah satu resipi yang mesti ada.

Nak buatnya tidaklah susah dan senang sangat. Bagi mak-mak yang tak pernah buat biskut arab, apa kata kali ini buat sendiri saja. Boleh ikuti perkongsian daripada Mak Uda Intan ini. Hanya guna 4 bahan saja. Sedap dan cair di mulut.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Biskut SARANG SEMUT Tanpa Telur, Tekan Guna Penapis Teh Tak Sakit Tangan!

Resipi Biskut Mazola ‘Lagend’ Guna Peanut Butter, Paling Mudah Dan Melting

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Biskut Arab Cair Di Mulut

Dalam banyak-banyak biskut yang saya buat, biskut lejen ni gak yang tarik perhatian saya, cair dalam mulut, cuma guna 4 bahan je.

Resipi Biskut Biskut Arab@Makmur

Bahan-bahannya:
*800gm -1kg t.gandum (sangai kejap – 5 minit)
*1½ cawan gula aising (½cwn untuk salut)
*1 cawan susu tepung (½cwn untuk salut)
*400gm minyak sapi (tak kisah jenis brand apa)

Cara Membuat:
Satukan semua bahan, gaul (jangan lupa asingkan ½ cawan gula dan ½ cawan susu untuk salutan).

Uli hingga sebati menjadi doh dan bulat-bulatkan.

Bakar api atas bawah 150° @ 20 minit atau hingga masak.

Sejukkan dulu, ingat tu sejukkan dulu dan bolehlah salutkan dengan gula+susu, siappp.

P/s: Kalau rajin boleh letak inti kacang tumbuk/isi kurma.

Mingguan Wanita: Memang sedap sangat biskut ni. Kalau ada kacang tumbuk kat dalam pun sedap juga.

Sumber: MakUda Intan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora