Kuih batang buruk, inilah yang sentiasa dicari, tak pernah lapuk dan mesti dicari setiap kali tiba perayaan.
Tidak dinafikan, bila musim perayaan, biasanya penuh dengan biskut-biskut moden dan terkini. Namun, dalam banyak-banyak bisukut moden mesti terselit kuih tradisional dalam melengkapkan lagi aneka hidangan makanan raya.
Mungkin mak-mak merasakan cara nam membuatnya cukup remeh. Cara terbaik dengan beli saja. Tapi, bagi yang ingin mencuba buat sendiri, tidak salah rasanya. Sebab cara nak buatnya tidaklah susah seperti yang disangka itu.
Resipi batang buruk ini hanyalah menggunakan kulit popia dan tepung kacang hijau. Nak tahu cara mudah untuk membuatnya. Ikuti resipi yang disediakan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Biskut Mazola ‘Lagend’ Guna Peanut Butter, Paling Mudah Dan Melting
SEMPERIT Cantik Guna Acuan Bunga Pecah 10, Lepas Terap Rehatkan Sekejap!
Info Lebih Menarik DI SINI
Ini resipi yang boleh mak-mak sediakan untuk hari raya nanti.
Bahan-bahan:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800 gram gula aising
2 biji putih telur – sebagai pelekat
Straw saiz besar
Minyak – untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris
2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung pada straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat.
3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi seketika dalam masa 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.
5. Kemudian, angkat dan sejukkan.
6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus.
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati.
8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat.
9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.
Siap!
Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata
Resepi ni dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan di atas.
Kredit: Ruzita Hashim
MW: Rupanya, tak adalah susah sangat nak membuatnya. Daripada beli, curi masa untuk buat sendiri, jimat dan berbaloi.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita