Kuih batang buruk, inilah yang sentiasa dicari, tak pernah lapuk dan mesti dicari setiap kali tiba perayaan.
Tidak dinafikan, bila musim perayaan, biasanya penuh dengan biskut-biskut moden dan terkini. Namun, dalam banyak-banyak bisukut moden mesti terselit kuih tradisional dalam melengkapkan lagi aneka hidangan makanan raya.
Mungkin mak-mak merasakan cara nam membuatnya cukup remeh. Cara terbaik dengan beli saja. Tapi, bagi yang ingin mencuba buat sendiri, tidak salah rasanya. Sebab cara nak buatnya tidaklah susah seperti yang disangka itu.
Resipi batang buruk ini hanyalah menggunakan kulit popia dan tepung kacang hijau. Nak tahu cara mudah untuk membuatnya. Ikuti resipi yang disediakan ini.
Ini resipi yang boleh mak-mak sediakan untuk hari raya nanti.
Bahan-bahan:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800 gram gula aising
2 biji putih telur – sebagai pelekat
Straw saiz besar
Minyak – untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris
Ads
2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung pada straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat.
3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi seketika dalam masa 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.
4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.
5. Kemudian, angkat dan sejukkan.
Ads
6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus.
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati.
8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat.
9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.
Ads
Siap!
Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata
Resepi ni dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan di atas.
Kredit: Ruzita Hashim
MW: Rupanya, tak adalah susah sangat nak membuatnya. Daripada beli, curi masa untuk buat sendiri, jimat dan berbaloi.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nasi kerabu, memang cukup popular di negeri Kelantan. Rugi rasanya kalau ke sana tidak menikmati hidangan itu. Cukup popular kerana nasinya berwarna biru ditambah dengan sambalnya, budu, ulam-ulaman dan tumis.
Walau bagaimanapun, kesedapan nasi kerabu tentunya pada sambal dan tumisnya. Itulah yang menjadi satu tarikan untuk orang menikmatinya. Namun, tak semua yang dibuat itu memenuhi citarasa. Silap haribulan, tak sampai sehari, ia sudah basi. Maklum sahaja, bahan yang digunakan itu menggunakan kelapa.
Jadi, untuk peminat masakan Kelantan dan ingin membuat sendiri di rumah, bolehlah mencuba resipi ini. Katanya, resipi ini biasanya digunakan oleh penjual bagi memastikan ia tahan lama dan lambat basi. Ikuti perkongsia daripada Suhaila Ismail ini.
“Sebenarnya, resipi nasi kerabu ini saya perolehi dan belajar daripada mak saudara yang memang menjual nasi kerabu.
“Bagi memastikan sambal itu sedap, kelapa yang digunakan tidak boleh terlalu tua dan ikan kenalah segar.
“Paling sedap bila guna ikan bakar berbanding ikan rebut. Pastikan bakar ikan, gunakan api yang perlahan dan masak sehingga garing.
“Tip penting, semasa memasak, bacalah selawat dan doa.
“Bestnya, cara yang digunakan ini lambat basi. Dua hari pun masih elok, walaupun tidak diletakkan dalam peti. Memang sesuailah untuk dibuat berniaga.
Cara-caranya:
1. Goreng kelapa. Letakkan seulas bawang putih yang dihiris nipis-nipis.
2. Pastikan ia garing untuk mudah hancur. Tak perlu tumbuk pun, boleh ramas dengan tangan.
3. Kisarkan bawang merah, serai dan halia.
4. Bakar ikan kembung yang segar.
5. Kemudian, ambil isi ikan yang dibakar tadi dan campurkan dengan kelapa tadi.
6. Manakala bahan kisar tadi ditumis sehingga naik minyak.
7. Masukkan seketul gula melaka.
8. Letakkan sedikit air asam jawa dan sedikit garam. Biarkan ia sebati dan ada rasa masam, manis dan masin. Jangan terlalu masin kerana ada budu yang digunakan untuk nasi kerabu nanti.
8.
9. Bila dah masak, campurkan semuanya bersama isi ikan tadi. Kacau sebati dan siap.
10. Bagi nasi kerabu, gunakan bunga telang. Kisar dan tak perlu tapis pun, terus masukkan dalam periuk nasi yang akan dimasak nanti. Nak bagi wangi nasi, masukkan daun limau purut dan serai.
11. Siap set nasi kerabu.
MW: Okay, dah tahu rahsia nak bagi sambal tahan lama. Lepas ni, boleh cuba buat kat rumah.
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi trending dengan ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ selepas video bual bicaranya bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi viral. Begitu juga dengan video YB masuk dapur yang ramai dikongsi netizen.
Rupanya wanita ini, Zalina Yahaya terdetik dalam hati alangkah seronok kalau dia dapat original resepi dari Menteri Pertahanan tu. Barangkali sudah menjadi rezekinya, apa yang disebut dalam hati itu menjadi kenyataan. Dan dikongsikan agar orang lain pun boleh dapat merasa sama. Bezanya bukan air tangan YB lah, tapi air tangan sendiri dengan resepi YB Mat Sabu.
“Yahooo… dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.”
“YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini (di facebooknya) kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.”
“Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.”
Fuhhh… hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.
Resepi Ikan Mat Sabu
1. Tumis:
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
Halba campur
Daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Sambil Memasak Pun Ada Peneman
Kata Puan Zalina, sambil memasak dia akan ditemani si bulus. “Budak tu adalah peneman saya setiap hari bila saya di dapur. hari-hari biasa pun macam tu. Kalau nak sapu dan mop lantai kena angkat dia.”
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.