Biasanya lauk singgang cukup popular di negeri Pantai Timur.Rasa masin masam dan manis. Ia masakan yang cukup mudah disediakan tak perlu nak tumis-tumis malah resipi yang sangat menyihatkan. Jika selalu masak lauk singgang menggunakan ikan, rupanya boleh juga gunakan ayam.
Jika ikut resipi Ayam Singgang Kelantan yang dikongsikan oleh Puan Myra Edora ini, cukup mudah. Wajib letak budu dan lebihkan bawang merah untuk jadikan rasanya lebih sedap.
Hari ni Mekyaa nak kongsi RESEPI AYAM SINGGE KELATE.
1 Ekor Ayam (dipotong dan dibersihkan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia(dihiris)
Lengkuas(dihiris)
Serai (diketuk)
Biji Ketumbar (diketuk)
Lada kering (dipotong kecil, direbus)
Lada burung (cili padi)
Asam keping
Garam
Gula
5 Sudu besar Budu
1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Pastikan halia lebih banyak berbanding lengkuas.
2. Masukkan budu dalam 5 sudu besar bagi nampak kuah merah-merah sikit dan gaul sebati sampai jadi macam ni.
3. Letak pula garam, gula sekali dan kemudian gaul lagi.
4. Buka api dan masukkan air paras ayam saja dulu. Renehkan hingga ramuan sebati dengan ayam. Selepas tu, tambahkan air panas ikut keperluan kuah yang kita inginkan.
Siap!
Baca Lagi Di Sini:
DADA AYAM Banyak Takde Siapa Nak Makan, Buat Macam Ni Sekejap Je Licin!
CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!
MW: Boleh cuba resipi AYAM SINGGE KELATE yang dikongsikan ini.Jangan lupa wajib letak budu dan lebihkan bawang merah barulah rasanya lebih sedap!. Selamat Mencuba!
Sumber: Myra Edora