Bagi yang biasa makan ayam di Nando’s mesti akan terbayangkan ayam peri-peri yang dihidangkan bersama sos kesukaan. Tapi, dengan keadaan sekarang, mungkin mak-mak fikir banyak kali untuk keluar makan bersama keluarga.
Jadi, bagi tidak mengecewakan anak-anak, hari minggu mungkin boleh jadi hari yang sesuai untuk mak-mak mencuba resipi ayam peri-peri ala Nando’s. Maklum sahaja, inilah masa mak-mak nak cuba masak resipi istimewa untuk keluarga.
Rupa-rupanya, resipi ayam peri-peri ala Nandos’ tidaklah susah untuk mak-mak cuba. Kalau makan kat luar dengan keluarga, bayaran pun boleh tahan. Apa kata, mak-mak cuba sendiri ayam peri-peri yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Memang puas hati.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi KEK OREN Sedap Macam Mak-Mak Kita Buat, Lembut Elok Gebu!
Resipi Sambal Hitam Ekspress, Cuma 4 Bahan, Masak Dalam Periuk Tekanan, Jimat Masa!
Resipi Ayam Peri-peri
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
- Guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
- Sementara tunggu ayam di toskan. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah atau tambah cili padi.
- Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Ini bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.
- Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
- Perah separuh lemon. Kalau tak ada lemon, boleh gantikan dengan limau nipis.
- Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya dan kisar sehingga halus
- Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
- Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Tapi kat rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
- Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
- Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
- Kelar ayam,dan masukkan dalam ketuhar. Ada setengah panggil oven ye? OK! Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
- Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
- Sementara tunggu ayam dibakar, buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
- Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam.
- Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi atau limau nipis. Boleh juga guna cuka untuk tambah rasa masam.
- Rasa dah OK, kalau nak pekatkan kuah, campurkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.
- Okay, ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak baunya bila keluar dari ketuhar.
- Semasa siapkan ayam, boleh sediakan coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw hanya dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon.
- Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
- Close up! Memang menjilat jari!
- Jemput makan!
MW: Nanti bolehlah mak-mak cuba di rumah. Rupanya, bahan untuk sediakan tidaklah susah pun. Jimat pun jimat.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita