Resipi ayam goreng, bukan goreng yang biasa hanya letak kunyit dan garam saja. Sebenarnya, kalau mak-mak ada idea nak bagi lagi sedap, boleh campurkan masukkan bahan yang boleh menyedapkan lagi.
Walaupun kita tahu resipi ayam goreng ini yang selalu mak-mak buat itu sudah cukup untuk menarik anak-anak makan. Tapi ada lagi resipi yang mak-mak harus cuba.
Bukan setakat anak-anak suka tapi satu keluarga akan suka. Apa yang bestnya, mak-amk gerenti akan rajin masak resipi ayam goreng ini.
Ayam goreng memang sedap dan kebiasaan kita akan letak kunyit dan garam saja. Kali ini kita cuba cara ini pula.
Ads
Suami dan anak-anak memang suka. Rasanya sampai ke isi, garing di luar dan juicy di dalam. Dijamin sedap dan membuatkan kita rajin nak goreng ayam.
Bahan:
½ kilo ayam (boleh ambil bahgian kepak)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk Kari ikan (BOLEH BELI DI SINI: https://invl.io/clgvsa9)
1 sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil garam
2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
Minyak masak
Ads
Caranya:
1. Campurkan semua bahan di atas dan gaulkan dengan kepak ayam.
2. Perap ayam tadi lebih kurang 30 minit.
3. Selepas itu bolehlah goreng seperti biasa.
Mingguan Wanita : Nampak biasa saja tapi rasanya itu buat anak-anak suka.
Musim hujan ni memang sedap makan tempe goreng berempah yang rangup, cicah pula dengan sambal kicap. Fuhhh rasanya memang wow. Namun ada caranya untuk buat bancuhan tepung salutan tempe ini sebelum digoreng garing. Selain tempe, ubi kayu juga boleh menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Mas Intan Masman ini sebagai panduan;
Resipi Tempe goreng rangup.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Tepung beras
Ketumbar
Jintan halus
Garam
Serbuk kunyit
Bawang putih
Air suam
Cara Membuat:
1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali tepung.
2. Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang ditumbuk.
3. Celupkan tempe yang telah dipotong ke dalam tepung dan terus goreng.
4. Agak-agak garing keemasan bolehlah angkat dan tos kan.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Step 6
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...