Isi Kandungan
ToggleJika selalu biskut lemak kita makan begitu sahaja atau dicicah dengan air kopi mahupun teh, rupanya boleh dijadikan salutan untuk ayam goreng juga. Memang lain daripada yang lain dan lebih ‘crispy’. Resipinya cukup mudah, mak-mak boleh cuba untuk hidangan keluarga nanti.
AYAM GORENG HUP SENG
Bahan (A)
Chicken thigh (buang tulang)
Biskut Hup Seng Cream Crackers (diblend hingga hancur)
Bahan (B) untuk perapan:
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Bahan (C)
Sos Tiram
Serbuk Chicken Stok
Garam
Telur
Tepung Ubi Kayu
Cara-Cara Membuat:
1. Blend bahan B dan kemudian dicampur dengan bahan C.
2. Ayam saiz sederhana dan buang tulang, lumur bahan-bahan blend tadi, Perapkan selama 2 jam.
3. Keluarkan ayam, gaulkan dengan telur dan lumurkan dengan biskut Hup Seng yang telah dihancurkan.Masak sehingga keperangan.
Siap! Selamat Mencuba!
Baca Lagi di Sini:
Ayam Goreng Favorite Anak-Anak, Resipi Anggaran 1 Ekor
Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
MW: Memang lain daripada yang lain resipi ayam goreng ni.Jika selalu kita makan biskut lemak, cicah dengan air teh, kopi atau dimakan begitu sahaja. Rupanya boleh digaul dengan ayam, dijadikan salutan ayam goreng rangup.
Sumber: Yee Yee Goh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Soto Ayam Bakar Sedap, Patutlah Wanita Ini Sampai Boleh Buka Kedai Makan
Isi Kandungan
ToggleSoto ayam bakar ini kalau kena dengan cabai kicap memang lain macam rasanya. Sedap tak ingat! Kena pandai sebatikan rasa sedap kuah sup, ayam dan sambalnya.
Haa… macam mana cara nak masak, boleh guna resepi Puan Zarazelah Othman ini…
Saya buka kedai makan, jadi memang nampak meja dan cara penyediaan macam kedai makan ya. Tapi yang ini saya masak untuk family hari ini.
Resepi Sup
Tumis bawang merah bawang putih halia bunga lawang kulit kayu manis bunga cengkih dan buah pelaga
Masukkan air
Biarkan mendidih
Masukkan rempah sup adabi lada hitam
Masukkan kaki ayam
Rebus sampai empuk
Masukkan kentang carrot daun saderi
Perasakan dengan cukup rasa garam aji
Resepi Soto Ayam Bakar
Perap bersama madu sos lada hitam halia bawang putih
Bakar di atas bara api
Celur bihun
Kemudian bila hidangkan masukkan bihun kuah sup kemudian baru tabur ayam bakar kacang goreng taugeh daun sup dan bawang.
Sambal kicap
Cili api kicap bawang putih air limau gula ajinomoto. Blender.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
ROTI SARDIN Rangup Tak Serap Minyak, Campur Air Panas, Sejuk & Limau Nipis!
Isi Kandungan
ToggleRoti sardin celup tepung memang sedap dan mudah disediakan. Baik untuk menu sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Namun selalunya jika tak tahu cara betul goreng roti sardin ni, ia akan serap minyak, tak rangup dan jadi lembik. Ikut resipi ini, tak guna telur pun namun tetap boleh rangup. Paling penting kena tahu cara bancuhan tepungnya.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Instafamous dalam bidang masakan Yatie Kitchen ini kongsikan
Roti Sardine Kantin Sekolah , tak serap minyak dan rangup bila dikunyah, tanpa letak Telur!
Tips : Campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis!
Resipi Sambal Sardine:
Bahan-Bahan:
1 tin Sardine dalam Sos Tomato @adabi_consumer Tin Kecil
Hirisan Bawang Merah Besar
2 ulas bawang putih
1 biji Cili padi merah (hiris serong)
2 biji Cili padi hijau (hiris serong)
1/4 biji limau nipis
1/2 sudu kecil Gula merah
1 sudu besar Cili kisar
1/4 keping Asam keping
Cara Membuat:
1.Tumis bawang, bawang putih dan cili padi sehingga garing , masuk cili kisar, masukkan sardine ( sos jangan dibuang ), biarkan sampai pecah minyak.
2.Kemudian, perahkan limau nipis, perasakan dengan gula, garam & mushroom seasoning.
Bahan (Adunan Tepung)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas
1/4 sudu serbuk kunyit @adabi_consumer
Garam
Mushroom seasoning
1/2 biji Limau nipis
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan-bahan di atas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
2. Masukkan sardine ke dalam roti, lipat dua, celup dalam adunan tepung.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Pusing-pusingkan supaya sekata.
4. Agak-agak dah kekuningan toskan pada kitchen towel.
Siap! Cubalah !
Mesti Baca:ROTI GULUNG SARDIN Tak Serap Minyak, Goreng Cukup Sekali Balik Je!
Baca Lagi Di Sini:Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap!
Artikel Menarik: Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat roti sardin macam yang jual di kantin sekolah. Elok rangup dan tak serap minyak. Tak guna telur pun.
Sumber: Yatie Kitchen
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!
Isi Kandungan
ToggleCendawan celup tepung memang ramai yang suka. Rasanya macam ‘ayam goreng’ pun iya. Namun ada caranya untuk buat cendawan celup tepung yang super rangup dan tak serap minyak ni. Rupanya kena masukkan sikit air kapur dan digoreng garing-garing.
Nak faham lebih lanjut caranya boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ini sebagai rujukan.
Terasa nak mengunyah cendawan celup tepung. Goreng garing-garing sangat ranggup! Sedar tak sedar dah licin. Jom tengok resepi cara #dapurpolis
Bahan Kering:
1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini
Bahan Berikutnya:
1 peket cendawan tiram
2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata.
2.Masukkan air sedikit-sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
2.Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.
3.Panaskan minyak saji dan masukkan satu persatu cendawan goreng hingga garing.
Siap.
Tip Ekstra!
- Tip nak ranggup mesti masuk sikit air kapur, basuh cendawan jangan sampai serap air, sekadar lalu selawat dan mesti kena goreng garing-garing baru cendawan tak serap minyak dan akan ranggup.
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi!
Rupanya Ikut 4 Tips Ini, Barulah Goreng Sotong Tak Meletup, Lebih Rangup & Melekat Tepungnya!
MW: Semoga bermanfaat! Mak-mak boleh cuba tip dan resipi cendawan celup tepung yang dikongsikan ini barulah rangup, garing dan paling penting tak serap minyak.
Sumber: Aisyah Humaira
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI