Resipi Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng, Perap Dulu Semalaman, Senang & Cepat!

Share

Selalunya, bila nak buat sarapan dengan nasi goreng, mak-mak akan guna perencah nasi goreng saja. Ini pun dah cukup sedap dengan perencah segera dan tak perlu letak bahan-bahan lain.

Tapi, bagi mak-mak yang kreatif, perencah nasi goreng boleh dipelbagaikan dan tak terhad pada satu-satu resipi saja.

Malah, perencah nasi goreng boleh dijadikan bahan perapan untuk ayam bakar. Menarik sangat ni. Inilah yang dikongsikan oleh Liyaw Ah Seng untuk resipi ayam bakarnya.

Tak perlu perencah lain, cukup guna dua bahan untuk membuat ayam bakar. Paling penting, kena perap semalam dulu untuk bagi rasa dan aromanya meresap ke dalam ayam bakar tersebut.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kepak Ayam Bakar Madu…Guna Kuali Dengan Lima Bahan Saja!

Ayam Bakar Sumbat Bayam Cheese Resepi Diet Khas Untuk Mak-mak Yang Usaha Nak Kurus

Perencah Nasi Goreng Untuk Ayam Bakar

Bahan:

1 ekor ayam
1 paket besar perencah nasi goreng @ 3 paket kecil
Sedikit madu untuk rasa lebih manis.

Caranya:

1. Potong ayaM ikut selera dan masukkan perencah.


.

2. Masukkan sedikit madu, ikut citarasa. Nak manis boleh letak lebih.


.


.

3. Perap semalaman.


.

4. Kemudian bakar pada suhu 180-200’C selama 30-40 minit.

Tip:
Perap lagi lama, akan memberikan rasa lebih sedap.

Mingguan Wanita : Sesuai sangat untuk mak-mak yang super busy. Peram malam, pagi esok dah boleh bakar. Yummy!

Sumber: Liyaw Ah Seng

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora