Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu!

Share

Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu! Ayam bakar antara resipi istimewa kegemaran seisi keluarga. Mudah disediakan dan sangat berbaloi buat sendiri. Lebih-lebih lagi jika keluarga besar, anak-anak ramai.

Selalunya kita buat ayam bakar, terus panggang dalam oven. Rupanya apabila ayam dimasak terlebih dahulu bersama kuah sebelum dibakar, membuatkan iya lebih sedap dan wangi. Malah ayam pun, yakin masak sempurna.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya
ini sebagai panduan;

Semalam beli ayam seekor RM7. Kecik je. Ayam RM7 dan bahan-bahan bakar tu semua memang ada kat rumah. Makan sampai malam untuk 5 orang.

Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan:

Ayam seekor/ whole leg 4
1 biji Bawang Holland
3 ulas Bawang putih
1 1/2 inci Halia
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit gula jika perlu
(bahan-bahan di atas semua blend sekali)

1 biji Kentang – nanti rebus bersama ayam.
Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam
(apa yang ada je boleh)
Brocoli
Carrot
Kentang
Bawang Holland
Cendawan Shitake

Cara Membuat:

1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan kiub ayam.

2. Kemudian masukkan seekor ayam.

3. Masukkan juga kentang yang telah dipotong empat.

4. Saya memang akan masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu. Sampai ayam masak dan kuah pekat. Cara selamat untuk pastikan ayam masak waktu dibakar.

Kalau rasa ayam belum masak, tapi kuah semakin pekat hanya tambah air sikit-sikit sampai ayam masak.

5. Kemudian, keluarkan ayam dan kisar kentang yang direbus bersama ayam tadi dan tuang semula dalam kuali.

6. Selepas blend kentang tadi, kuah jadi pekat dan lemak-lemak berkrim.

7. Letak ayam dalam tray dan letak la sayur yang ada. Suka hati la nak sayur apa. Sayur boleh letak sekali, sebab ayam dah masak, tinggal bagi garing bahagian luar je.

8. Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas tu. Bakar suhu 200 selama 60minit. 15 minit pertama api atas bawah, selebihnya api atas sahaja.

9. Siap bakar dah. Kuah-kuah sikit tu makan ngan nasi nanti.

Nasi Planta

Bahan-Bahan:

Beras
Planta
Halia hiris
Bwng besar hiris

Cara Membuat:

1. Cairkan planta tumis bawang besar dan halia sehingga layu.
2. Masukkan beras, garam sedikit dan gula sedikit.Bagi rasa balance.
3. Sukat air macam biasa, masak nasi dalam periuk biasa.

Siap!

Mesti Baca:Cara Ekspres Perap AYAM BAKAR, Mudah Sangat Guna Perencah Nasi Goreng!


Baca Lagi Di Sini:Resipi Rahsia Pes Perapan Untuk Bakar Ayam Atau Daging, Confirm Menjilat Jari!
Artikel Menarik:Resipi AYAM GOLEK Mak Buat Niaga,Bakar Terus Dalam Oven Pun Boleh!

Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap dan menyelerakan Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS ni. Boleh cuba nanti, namun pastikan masak dulu ayamnya bersama kuah sebelum dipanggang.

Sumber:Nur Aisya

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab