Resipi Asli Thai, Ayam Goreng Hat Yai Lembut Dan Moist!

Share

Resipi ayam goreng memang tak pernah mengecewakan. Tak kira walau hanya dilumur dengan garam dan kunyit saja, kemudian goreng. Tetap sedap. Makan pula panas-panas.

Banyak resipi ayam goreng sebenarnya. Kali ini, dikongsikan resipi Gai Tod Hat Yai atau Ayam Goreng Hat Yai. Resipi ayam goreng ini merupakan resipi asli orang Thai.  Biasanya ayam goreng ini dimakan dengan pulut. Memang sangat sedap. Lembut dan moist isi ayamnya! Ditambah pula wangian aroma rempah ratus. Fuh, rugi tak cuba!

BAHAN-BAHAN RESIPI AYAM GORENG HAT YAI

Beberapa ketul ayam – seeloknya paha, kepak atau tight

BAHAN PERAPAN:

1labu bawang putih

Sedikit batang (dengan akar) ketumbar

Serbu lada putih @ lada hitam

Serbuk jintan

Sedikit serbuk kunyit

Sos tiram

Kicap cair

Garam dan gula

BAHAN LAIN:

Sedikit tepung beras

Sedikit bawang merah – potong dan goreng kekuningan

Baca juga di sini:

Aneka Hidangan Ayam Ala Thai Penuh Aroma Dan Rasa, Boleh Cuba!

Resipi Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC, Salut Dengan Tepung Protein Tinggi!

CARA MEMBUAT  RESIPI AYAM GORENG INI:

Terlebih dahulu, tumbuk atau kisar bahan perapan hingga lumat. Ketepikan. Kelar isi ayam untuk memastikan bahan perapan masuk sempurna. Ini juga membantu ayam mudah masak. Setelah itu, masukkan ayam ke dalam plastik.

Masukkan pula bahan kisar ke dalam plastik itu. Goncang ia hingga ayam bercampur sebati dengan bahan kisar. Perap ayam dengan bahan kisar itu sekurangnya dua jam atau semalaman seeloknya. Lagi lama diperap lagi sedap.

Setelah semalaman, keluarkan ayam yang diperap daripada plastik. Gaul dengan tepung beras hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang banyak. Setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam hingga kekuningan. Gunakan kaedah deep fried dan api mesti perlahan. Balik-balikkan ayam menggunakan pengepit ya.

Bila dah masak dan berwarna coklat, angkat dan taburkan dengan garam. Taburkan juga bawang goreng. Enak dimakan dengan pulut cicah dan sos Sri Racha. Selamat mencuba!

Resipi:Muhammad Sofiyullah 

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twiter Mingguan Wanita

Published by
Nurul Azwa