Asam pedas yang sedap, pastinya kuah pekat dan sedap secukup rasa masam dan pedasnya. Nak buat asam pedas yang betul-betul kaw, ada caranya.Malah, bahan aroma seperti lada hitam, daun limau purut, daun kesum atau pudina untuk dimasukkan dalam kuah juga berbeza mengikut jenis ikan.
Mak-mak penggemar asam pedas, masakan yang terkenal daripada Selatan tanah air ni, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Izaitul Fatihah Suhaimi ini.
“Ni resepi Asam Pedas Melaka dan Johor yang saya buat jual. Ramai yang tanya resepi. Jadi saya sertakan resepi sekali gambar asam pedas yang dah siap masak.”
3 inci kunyit hidup
1/2 inci halia ( Jika siakap, mayong and pari)
3 ulas bawang putih
9 biji bawang merah kecil
1/2 inci belacan (Jika suka la)
*Blender semua di atas
3 senduk Cili kisar (Cili kering, rebus dan kisar )
Serai sebatang ( ketuk )
Asam jawa besar bola pingpong (ambil pati)
1. Tumis serai dan yang blender sampai kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, tumis sampai garing.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan daun (kesum /pudina/limau purut/lada hitam) Biar sampai mendidih.
5.Masuk garam dan masukkan ikan. Kalau nak tambah terung, tomato dan bendi pun boleh. Siap. Boleh makan.
Okay kalau ikan yang sedap
Lada hitam : pari, jenahak, siakap, merah
Limau purut : kembung, tenggiri (paling best ), merah, jenahak
Daun kesum : mayong, cencaru, pari, siakap, keli (Ikan yang kuat bau)
Pudina : semua
MW: Asam pedas yang sedap,pekat kuahnya dan secukup rasa masam serta pedasnya.Mak-mak yang nak suka asam pedas boleh cuba resipi ini.
Sumber : Nur Izaitul Fatihah Suhaimi