Asam pedas yang sedap, pastinya kuah pekat dan sedap secukup rasa masam dan pedasnya. Nak buat asam pedas yang betul-betul kaw, ada caranya. Malah bahan aroma seperti lada hitam, daun limau purut, daun kesum atau pudina untuk dimasukkan dalam kuah juga berbeza mengikut jenis ikan.
Mak-mak penggemar asam pedas, masakan yang terkenal daripada Selatan tanah air ni, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Izaitul Fatihah Suhaimi ini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Ni resepi Asam Pedas Melaka dan Johor yang saya buat jual. Ramai yang tanya resepi. Jadi saya sertakan resepi sekali gambar asam pedas yang dah siap masak.”
Resipi Asam Pedas Melaka & Johor
Bahan-Bahan:
3 inci kunyit hidup
1/2 inci halia ( jika siakap, mayong and pari)
3 ulas bawang putih
9 biji bawang merah kecil
1/2 inci belacan (jika suka)
*Kisar semua di atas
3 senduk cili kisar (cili kering, rebus dan kisar )
Serai sebatang (ketuk)
Asam jawa besar bola pingpong (ambil pati)
Kuah Pekat Secukup Rasa Sedapnya!
Cara Membuat:
1. Tumis serai dan yang blender sampai kekuningan.
Ads
2. Masukkan cili kisar, tumis sampai garing.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan daun (kesum /pudina/limau purut/lada hitam) Biar sampai mendidih.
5.Masuk garam dan masukkan ikan. Kalau nak tambah terung, tomato dan bendi pun boleh. Siap. Boleh makan.
Ads
Info Ekstra;
Ikan yang sedap:
Lada hitam: pari, jenahak, siakap, merah
Limau purut: kembung, tenggiri (paling best ), merah, jenahak
Daun kesum: mayong, cencaru, pari, siakap, keli (ikan yang kuat bau)
Pudina: semua
Ads
Asam pedas yang sedap, pekat kuahnya dan secukup rasa masam serta pedasnya. Mak-mak yang suka asam pedas boleh cuba resipi ini.
Menu petang yang paling syok buat adalah sajian yang mampu pikat hati anak-anak dan suami. Lagi cun kalau bahannya cuma guna 3 bahan utama, ok jom godek resepi istimewa yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Halim ini…
Siapa nak resipi?
Sesuai sangat untuk ibu-ibu hebat.
Anak-anak pun mudah tertarik lihat hasilnya. Bentuk ros yang comel dan cantik.
Resipi ini dapat hasilkan sekitar 6 biji bunga ros.
Cara-caranya boleh tengok di gambar ya!
Bahan-bahannya:
1 keping roti paratha- saya guna roti paratha Tishas
Sosej secukupnya
1 biji telur
Ya! 3 bahan sahaja. Mudahkan?
Cara Membuat:
1. Saya guna roti paratha Tishas. Roti paratha ini berasaskan pastri. Lembut sahaja kejadiannya. Hasilnya pasti memikat hati. Sedap sangat!
2. Hiris nipis sosej. Ikut keperluan. Jika nak buat banyak, hirislah banyak.
3. Hiris jalur roti paratha, anggaran kedalaman tray.
4. Susun hirisan sosej sepanjang jalur. Gulungkan dari satu hujung.
Rangup di luar, lembut di dalam. Tambah mayonis dan sos atau makan begitu sahaja pun boleh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air nabeez, minuman yang cukup terkenal bila tiba bulan Ramadan. Amalan sunnah yang ramai tidak tahu dan mungkin ada sesetengahnya hanya ambil bila bulan puasa sahaja.
Sedangkan amalan sunnah ini boleh saja diambil pada hari biasa pun. Tak perlu tunggu pada bulan Ramadan. Cara nak buat air nabeez pun senang sangat.
Bagi mak-mak yang nak buat dan praktikkan amalan sunnah ini, bolehlah ikut perkongsian daripada Nuri Al Furqan ini. Senang sangat!
Buatlah air nabeez untuk minum.
Setiap kali sahur..Sunnah yang ramai orang tak tahu..
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insya Allah, perut mampu bertahan. Nak buat ni untuk sekali minum ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Cara Membuat:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isikurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air dan jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan masa perut kosong.
Mingguan Wanita : Boleh buat nanti dan bagi anak-anak minum terutamanya yang baru nak mulakan puasa.
Hari Raya Aidiladha ni, pastinya ramai mak-mak yang mendapat daging korban dan kuantitinya juga agak banyak.Jika salah cara penyimpanannya, boleh mengakibatkan daging mudah busuk, tidak segar dan kualiti daging baru tersebut juga terjejas.
Sebenarnya ada tips tertentu yang boleh dicuba untuk mengekalkan kesegaran daging baru tersebut, dalam pada masa yang sama mampu bertahan sehingga lebih setahun! Kaedah ini dikongsikan oleh chef sendiri sebagai panduan kita.
KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
1.JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban (jangan dicuci). Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku,jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.
5.TIPS TAMBAHAN
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!!!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments
Jadi buat mak-mak yang banyak daging korban tu, bolehlah ikut perkongsian tips yang dikongsikan ni.Semoga daging-daging tersebut kekal segar dan mampu bertahan lama.Malah selain daging korban, apa juga daging segar yang dibeli dipasar juga boleh disimpan dengan kaedah ini.