Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi, Menu Kampung Yang Buat Kita Makan Bertambah-tambah
Asam pedas ikan kerisi memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst