Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi, Menu Kampung Yang Buat Kita Makan Bertambah-tambah
Asam pedas ikan kerisi memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
Ads
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
Ads
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
Walaupun berasal dari Negara India, Pani Puri makanan ringan tepi jalan ini cukup terkenal dan kian mendapat tempat dikalangan ramai. Memang boleh ‘layan’ makan Pani Puri ni kerana sedap sangat dan rasa pedas, masam, manis. Tak hairanlah ramai yang cuba buat sendiri di rumah, malah ada juga yang jual untuk dijadikan pendapatan sampingan.
Nak buat Pani Puri ni tak lah susah mana. Yang penting perlu ada keropok khas (Pani Puri), inti kentang, kuah hijau, kuah asam dan sos yogurt/mayonis.
Boleh ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Nazuhaina Azu ini sebagai rujukan;
~ PANI PURI ~
Memang layan makan benda ni, sedap sangat! Mommy buat resepi yang paling simple je ni, itupon rasa dia dah meletop dah.Bila dia pecah kat dalam mulut tu kan perghhh memang perfect! Rasa masam, manis, pedas semua ada. Eh, memang kena trylah.
Bahan-Bahan (Kuah hijau):
Daun ketumbar
Cili api
Jintan putih
Jintan manis
Garam halus
Gula
Air
*Blend kesemua bahan.
Bahan-Bahan (Yougurt):
Mayonis/Yogurt
Daun ketumbar
Air
*Gaul kesemua bahan.
Bahan-Bahan (Air asam):
Asam jawa
Gula pasir / gula perang
Air
Masak sehingga sedikit pekat.
Bahan-Bahan (Inti):
Kentang lenyek
Daun ketumbar
Bawang
Serbuk cili
Garam halus
Serbuk jintan manis dan jintan putih
*Gaul kesemua bahan di atas.
Cari dekat shopee, banyak orang jual puri instant ni.Kalau dekat pasaraya cari dekat bahagian rempah dan papadom.
Goreng tak boleh lama, api pon kena kecikkkk je. Masuk, balik-balikkan dan terus angkat.
Selepas digoreng hanya dlm beberapa saat beginilah rupanya.
Cara Makan:
*Waktu nak makan baru sumbat inti.
1. Pecahkan sedikit pani puri macam dalam gambar ni, masukkan inti kentang, curah kuah hijau pedas, kuah asam dan mayonis.
2. Tabur sedikit daun ketumbar. Kemudian boleh terus masuk sebiji-sebiji dalam mulut. Masa dia pecah kat dalam mulut tu kan perghhhh…cukup semua rasa ada, pedas, masam, manis..memang perfectlah!
Seronok tengok gambar sup daging yang dikongsi di laman sosial musim Raya Haji ini, tetapi AWAS ya! Sedap macam mana pun makan sup, tolonglah beringat lemak-lemak daging ini boleh memudaratkan kesihatan.
Jadi nak elak daripada penyakit singgah dan saiz badan makan membesar, mak-mak boleh guna tip yang dikongsi oleh Puan Hani Mynis.
Cara buang lemak dalam sup daging
Rasanya musim-musim raya haji ni menu sup tulang sup daging memang wajib ada. Hari ini pun Alhamdulillah ibu buatkan sup tulang.
Alang-alang tu meh hani kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup tu. Ibu pula sporting nak tolong hani buat tutorial ni.
So here we go, cara paling mudah nak buang lemak/ minyak kat sup tulang/daging. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ni.
✅Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
✅Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit gitu dah memadai)
✅Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukan nye panas-panas) secara membulat (macam dalam video)
✅Buang hasil minyak yang membeku. Siap.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada ketikanya sesuatu masakan mempunyai cerita tersendiri dan memori manis untuk dikenang. Lebih-lebih lagi masakan air tangan daripada mak ayah sendiri.
Nampak sungguh sedap dan menyelerakan lauk kegemaran arwah ayah Puan Norisma Miskan ini.Walaupun resipi simple seperti Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, nikmat kesedapannya tak dapat dinikmati di mana-mana. Ini kerana dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang buat anak tersayang.
Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah paling penting nak buat pun senang.
Alkisahnya..dah lama teringin nak makan sambal favourite arwah abah. Hari ni baru berkesempatan untuk masak Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera.
Bahan-Bahannya : (*Dihiris)
20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin –
*Saye guna ikan kurau, kalau ade ikan pari masin lagi best.
1. Mula-mula goreng ikan masin sampai masak.Selepas tu angkat.
2. Guna minyak yang sama, tumis cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
3. Masukkan petai, tumis sekejap.
4. Lepas tu masukkan daun kunyit dan serai hiris…tumis sampai layu.
5. Masukkan ikan masin dan asam keping…gaul bagi rata.
6. Masukkan air sikit, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Bagi mendidih jap. Time ni kalau nak letak tempoyak pun boleh, letak dalam 2 sudu besar. Memang meletups sedap!.
Mingguan Wanita : Boleh cuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai & Petai yang dikongsikan ini. Lauk simple tapi boleh buat makan bertambah-tambah.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang dibuat.
‘Sleep divorce’ makin popular. Terbaru menerusi perkongsian doktor selebriti yang juga pempengaruh media sosial Dr Say Shazril berkongsi pendapat mengenai isu ‘sleep Divorce’.Rupanya isu...