“Resipi AKOK Keddut,Jeligho Molek Sene Mesett”, First Time Buat Menjadi! Kuih Akok merupakan manisan dan kuih tradisional yang cukup popular di negeri Kelantan. Mudah je rupanya nak buat kuih akok yang elok lembut berkedut dan lemak manis ni.
Kalau orang Kelantan , tidak sah kalau tak buat makanan kegemaran.
Ni first time Kak Yatt buat akok berkedut.
Petang semalam, kebetulan sarang akok yang di order sampai pagi semalam.
Petang tu dalam pukul 3.30..Kak Yatt pun masuk ke dapur masak akok berkedut. Rasmi sarang/bekas akok baru ni..tak sabar-sabar dah..
8 biji telur grade B nutriplus yang ada dalam peti sejuk
2 keping Gula Nise beli di Kelantan.
2 cawan air
5 helai daun pandan dari pasu rumah..kurus kering
300 ml santan pekat beli kat Pasar Meru…beku tunggu cair sedikit
50g tepung gandum
1 sk garam halus
1. Masukkan gula nise, daun pandan ke dalam periuk dan masukkan 2 cawan air. Masak sampai mendidih hingga manisan tu cair, lepas tu biarkan sekejap supaya sejuk.
2. Timbang tepung gandum lebih kurang 50g. Sikit je pakai gandum barulah sedap.
3. Masukkan semua bahan dalam besen kalau nak masukkan terus ke dalam blender tak pe.
4. Masukkan seperti ini, blend sehingga sebati, sangat senang.
5. Curah ke dalam bekas air basuh tangan (kat kelantan selalunya air basuh tangan di isi ke dalam pot ni & di letak pada hidangan makanan..ala-ala bangsawan gitu).
Sebab muncung teko ni halus, senang untuk curah adunan ke dalam bekas akok tu nanti.
6.Sapu minyak terlebih dahulu. Oven ni biarkan panas sekitar 5 minit..lepas tu bolehlah masukkan adunan tu satu persatu.
7.Tak sampai 5 minit dah gelembung dengan cantik sekali. Senang sangat buat sendiri.
Kalau dah sejuk kuih akok ni berkedut seperti dalam gambar..maksudnya menjadi lar..serupa dengan kuih akok berkedut kat Lemal, Pasir Mas dekat dengan roundabout ke arah Rantau Panjang.
Try buat ye semua pembaca. Memang sangat sedap.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Naik Pesawat Peribadi Semata-Mata Beli Kuih Akok, Jutawan Kongsi 11 Nasihat PENTING Berjaya Bisnes!
Baca Lagi Di Sini:
Mingguan Wanita: Sedap nya kuih akok berkedut ni. Puas hati makan, senang sangat nak buat, baru cuba kali pertama pun menjadi.
Sumber:Yatt Ismail
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.