
Aiskrim vanila homemade. Selalunya, nak cepat dan mudah, mak-mak beli saja kat kedai. Tapi, bila anak-anak makan, sekali hadap saja. Maklumlah kegemaran anak.
Kalau nak dikira, dari segi harga pun boleh tahan juga, bergantung pada jenama juga. Satu dah gernti tak cukup. Tambah-tambahkalau perasa vanila atau coklat.
Apa kata kita buat sendiri aiskrim vanila homemade. Rasanya sama macam kedai. Lagi jimat dan mudah untuk mak-mak buat banyak.
Aiskrim Vanila Homemade, Lebih Jimat
Buat penggemar tegar aiskrim, boleh buat sendiri. Rasanya sedap dan memang jimat banyak. Paling best, hanya guna blender saja.
Bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Caranya:
Kisar semua bahan di atas sehingga likat.
Selepas itu masukkan ke dalam bekas.
Letak dalam peti ais sejuk beku.
2-3 jam dah boleh makan dengan anak-anak.


Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Anak-anak pun mesti suka. Kalau nak perasa milo, boleh saja letak milo pula kan.
Sumbe: Nur Halim
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/2497202107269757
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Halwa Belimbing Masam Manis, Makan Begitu Saja Atau Masukkan Dalam Masakan

Isi Kandungan
ToggleSelain dibuat sambal hitam atau dijemur kering, rupanya belimbing buluh juga boleh dijadikan halwa. Rasanya masam manis, sesuai di makan begitu sahaja atau dimasukkan kedalam masakan seperti acar buah.
Buat mak-mak yang ada pokok belimbing buluh dan berbuah banyak, inginkan kelainan boleh rujuk perkongsian Puan Azizah Daud ini, cara untuk membuat Halwa Belimbing Buluh.
“Ada yang tak tau nak buat apa dengan buah belimbing buluh yang banyak dipokok. Untuk tahan lama buah belimbing ni boleh diperoses menjadi:
1. Belimbing kering
2. Halwa belimbing
3. Sambal Hitam
Disini saya tunjukkan cara untuk buat Halwa Belimbing.
Bahan-Bahan:
Belimbing buluh
Air kapur
Air gula
Cara Membuat:
1. Basuh bersih Buah Belimbing.
2. Belah dua dan rendam dalam air kapur semalaman atau sekurang kurangnya 4 jam.
3.Keluarkan belimbing dan basuh bersih. Toskan.
4.Masak air gula dan sejukkan. Kemudian masukkan belimbing yang telah ditos tadi.
5. Dua atau tiga hari sekali, asingkan belimbing dari air gula.Panaskan semula air gula. Sejukkan dan masukkan balik buah belimbing tadi.
7. Ulangi proses hingga buah mengecut dan air gula semakin menyusut. 8. Akhir sekali, bolehlah dijemur atau keringkan dalam ketuhar.

Info Ekstra!
Halwa yang dah kering boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lama. Boleh makan begitu saja atau masukan dalam masakan. Saya masukkan dalam acar buah.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian resipi halwa belimbing ini bermanfaat buat mak-mak yang ingin mencubanya, daripada terbiar busuk buah belimbing di pokok.
Sumber:Azizah Daud
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya INTI KACANG MERAH Guna Biji Kecil, Lebih Manis & Mudah Empuk!

Isi Kandungan
ToggleRupanya bila nak buat inti kacang merah kena guna biji-biji yang kecil berbanding yang jenis besar dan lonjong. Ia lebih manis dan mudah empuk. Jadi inti kacang merah ni lebih sedap dan jimat masa memasak. Inti kacang merah ni selalu kita digunakan sebagai inti pau, jadikan aiskrim dan sapu pada roti. Bila buat inti sendiri lebih puas hati, yakin tahap kebersihan dan status halalnya.
Nak tahu macam mana buat inti kacang merah yang sedap dan cara yang betul, fahamkan perkongsian resipi daripada Puan Marlia Lia ini;
Nak beli inti kacang merah ready made di kedai, susah betul jumpa. Sold Out saja. Musim PKPB ni ramai yang pakat borong agaknya. Anak-anak nak makan Pau Kacang Merah. Diorang tak berapa gemar inti kelapa. Maka, mak pun ke kedai la membeli biji kacang merah. Ini pun masuk kedai ke-4 baru jumpa.
Alhamdulillah, menjadi macam kat kedai bakery tu. Cuma yang ini, mak tak nak buat terlalu manis macam inti ready made. Anak-anak riang gembira tengok stok inti berbotol-botol dapat. Siap suruh jual pulak.Sedap ni sapu kat roti kan.
Di bawah ni saya Sertakan resepinya ya.
INTI KACANG MERAH
Bahan-Bahan:
400g kacang merah. (dibasuh bersih, di rendam semalaman)
Air secukupnya untuk merebus
2 sudu besar marjerin/ butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Takda minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
4 sudu besar shortening (lemak sayur). Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
1 keping gula nisang
Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara Membuat:
1.Basuh & bilas kacang yang dah di rendam semalaman.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus didalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat
6.Sejukkan sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
- Guna kacang merah biji kecil bukan yang besar-besar lonjong tu.
- Saya pernah buat resepi ni menggunakan kacang merah saiz besar (yang letak dalam abc/cendol). Tapi hasilnya, kurang memuaskan, tak manis dan ambil masa lebih lama untuk direbus hingga empuk.
- Saya guna gula nisang yang ini. Sesetengah orang panggil gula kerek. Saya suka yg ni sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentuk buluh tu. Dan gula ni rapuh je, lebih senang larut dari gula pasir.
- Saya simpan dalam peti ais, Nak guna baru keluarkan.
- Bila ke suhu bilik, dia akan jadi berkilat macam ni. cantik kan.
Ini pula resepi buat Pau ni confirm gebu lembut kalau betul cara membuatnya:
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
Cara Membuat:
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening, gaul rata.
3. Masukkan campuran yis & tambah sedikit air sambil uli.
4. Uli sampai doh lembut.
5. Rehatkan doh dalam 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit
7. Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
8. Kukus selama 7 minit dalam air yang dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus.

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!
Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Yang Kawan Puji Sedap Siap Pujuk Jual!
MW: Kalau nak mudah memang beli je inti kacang merah ni. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihan dan status halalnya. Terima kasih berkongsi tip dan resipi ini.
Sumber: Marlia Lia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Kuah Sup, Sos Hitam Yong Taufu, Puas Hati Makan!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya Yong Taufu dijual di pasar-pasar malam. Jika beli boleh tahan juga harganya, berpuluh ringgit boleh ‘terbang’. Sebenarnya lebih jimat, puas hati makan dan terjamin bersih jika mak-mak buat sendiri Yong taufu di rumah. Boleh pilih nak kuah sup atau sos hitam.
Boleh ikut resipi kuah sup dan sos hitam daripada Puan Nor Husma Husin ini sebagai panduan.
“Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.”
“Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.”
“Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).”
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung.
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya. Cara Membuat:
1.Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati.
2.Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul.
3.Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.
2.Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis.
3.Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.

Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
Silakan kongsi resipi, saya izinkan.
Selamat mencuba.
Baca lagi Disini:
Cara Buat ‘Fish Cake’ Sendiri, Terjamin Bersih, Suci & Halal, Rasa Kenyal Seperti Beli Di Kedai
MW:Jadi buat mak-mak yang suka makan Yong Taufu, boleh buat sendiri kuah nya di rumah. Lebih menjimatkan dan puas hati makan dengan anak-anak berbanding beli di luar.
Sumber: Nor Husma Husin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI