
Aiskrim vanila homemade. Selalunya, nak cepat dan mudah, mak-mak beli saja kat kedai. Tapi, bila anak-anak makan, sekali hadap saja. Maklumlah kegemaran anak.
Kalau nak dikira, dari segi harga pun boleh tahan juga, bergantung pada jenama juga. Satu dah gernti tak cukup. Tambah-tambahkalau perasa vanila atau coklat.
Apa kata kita buat sendiri aiskrim vanila homemade. Rasanya sama macam kedai. Lagi jimat dan mudah untuk mak-mak buat banyak.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Puff Inti Kastard Campur Kaya ‘Sangat Creamy Macam Aiskrim Vanila’
Resipi Aiskrim Vanilla Homemade Gebu & Halus, Senang Buat Mesti Jadi!
Aiskrim Vanila Homemade, Lebih Jimat
Buat penggemar tegar aiskrim, boleh buat sendiri. Rasanya sedap dan memang jimat banyak. Paling best, hanya guna blender saja.
Bahan:
1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung
Caranya:
Kisar semua bahan di atas sehingga likat.
Selepas itu masukkan ke dalam bekas.
Letak dalam peti ais sejuk beku.
2-3 jam dah boleh makan dengan anak-anak.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Senang sangat nak buatnya. Anak-anak pun mesti suka. Kalau nak perasa milo, boleh saja letak milo pula kan.

Sumbe: Nur Halim
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
NASI DAGANG Terengganu Elok Cantik,Guna Beras Basmathi Campur Beras Pulut Sikit

Isi Kandungan
ToggleNasi Dagang antara hidangan yang cukup popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur.Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun. Memang sedap. Nak dapatkan tekstur nasi elok cantik berderai, kena guna beras Basmathi campur beras pulut sikit.
Nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi lengkap Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan oleh Puan Haadii Nadia ini.
Percubaan buat Nasi Dagang Terengganu entah kali ke berapa, kali ni nasi elok cantik (masuk bakul,angkat sendiri) cuma gulai je sedikit cair yang penting suami cakap sedap.
Cara saya buat nasi dagang (mudah je)
Bahan-Bahan:
2 pot Beras basmathi (saya guna beras basmathi Pusaking Cap Rambutan)
2 sudu Beras pulut saya guna cuma 2 sudu (saya tak suka sangat rasa berpulut jadi saya kurangkan,jadi kalau suka berpulut boleh tambah sukatan)
*bahan-bahan atas ni rendam 1-2 jam, saya rendam 1 jam.
Halia mayang halus
Bawang merah mayang halus
Santan(saya guna santan M.S setengah kotak)
garam
gula
2 sudu besar halba
Cara Membuat:
1. Kukus beras + beras pulut sampai separuh masak.
2. Letak beras + beras pulut yang dikukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok),ketepikan.
3. Kemudian, dalam mangkuk masukkan santan, halia, bawang, halba, gula, garam dan kacau sampai sebati. Selepas tu masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras+beras pulut tadi. Kemudian gaul sampai rata/sebati. Gaul perlahan-lahan untuk elakkan nasi patah.
4. Kukus lagi sekali sehingga masak, kemudian letak dalam bekas dialas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat. Tutup dengan daun pisang,sedia di hidang.
Gulai Nasi Dagang:
Bahan-Bahan:
Ika Aya/Tongkol
* Rebus ikan aya/tongkol, air tu biar tenggelam ikan bersama asam keping, garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan.
11 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
seinci halia
cili kering segengam (direbus)
* kisar semua
Rempah Kari Ikan adabi (plastik biru 1 paket kecil)
Rempah gulai cap bunga rose (1 paket kecil)
2 kotak santan (Saya guna M.S size kecil)
Air
Asam keping
Gula nisang/kerek/melaka
Garam
ciliapi merah dan hijau
Cara Membuat:
1. Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisang separuh kerek).
2. Tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ni 3 kali. Kering, tambah air (ni kalau nak tambah air rebusan ikan pun boleh, saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam)ulang 3 kali sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula)api sederhana ye. Ketepikan.
3.Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air (sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik),kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi dalam periuk berisi santan. Buka api, kacau sampai sebati, masukkan garam, asam keping, ikan yang direbus,cilipadi hijau dan merah. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap!
Acar Timun
Bahan-Bahan:
Timun (Potong bulat-bulat,lepas tu belah 4, buang biji. Hiris halus-halus). Saya suka halus-halus, kalau kasar tak cantik dimata saya haha.
Lobak merah pun potong bulat-bulat lepas tu hiris halus.
2 biji bawang merah (hiris halus)
1 biji Lada besar buang biji (hiris halus)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka
Cara Membuat:
Gaul semua bagi sebati,siap.
Cara Rebus Telur, Kuning tak keras, cantik oren
1. Didihkan air agak-agak tenggelam telur (telur suhu bilik)
2. Selepas air mendidih, masukkan telur slow-slow tak nak bagi dia retak, set masa 6 minit.
3. Selepas 6 minit tutup api dapur. Biarkan lagi dalam periuk 3 minit.
4. Selapas tu cepat-cepat angkat alirkan bawah air paip. Kupas ketika masih panas di bawah air mengalir.
**Saya dah share resepi, harap membantu. Nanti buat la ye. Saya tak mintak banyak, cuma mintak doa dari puan-puan semua agar anak saya yang speech delay dapat sebut perkataan dengan jelas. Sekarang dah 6 tahun masih tak bercakap jelas. Terima kasih daun keladi.
Baca Lagi Di Sini:
Nasi Jagung, Ayam Masak Merah & Jelatah, Berbaloi ‘Bersilat’ Dekat Dapur
MW: Menarik resipi Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan ini. Bagi peminat Nasi Dagang, kena cuba resipi ini. Memang sedap dan berbaloi buat sendiri. Pastikan guna beras basmathi campur beras pulut sikit, barulah nasinya elok cantik berderai.
Sumber: Haadii Nadia

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Popia ENOKI Goreng Crispy, Bekal Sekolah Anak

Isi Kandungan
ToggleCara mudah buat Popia ENOKI Goreng Crispy, bekal sekolah anak. Kadang kala memang tiada idea nak buat kudapan ringkas untuk bekal sekolah anak. Mak-mak boleh cuba kelainan,resipi mudah Popia Enoki goreng crispy ni.
Berbanding menggunakan taugeh dan lobak merah seperti biasa, boleh gantikan dengan cendawan Enoki pula. Memang sedap dan garing, apatah lagi bila dicicah dengan sos dan mayonis.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Zatul Akmal ini sebagai panduan;
Hari ni buat Popia Enoki Goreng Crispy sambil siapkan bekal anak sekolah agama.
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Cendawan Enoki
Tepung bestari
Tepung gandum jadi gam
Cara Membuat:
1. Basuh bersih cendawan Enoki.
2. Potong empat bahagian kulit popia.
3. Ambil satu bahagian, balutkan cendawan enoki dengan kulit popia tersebut. Letak gam pada hujungnya.
4. Celup dalam bancuhan tepung bestari, kemudian celup dalam tepung bestari.
5. Goreng sehingga keemasan.
6. Siap! Sedap dicicah dengan sos atau mayonis.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!
Baca Lagi Di Sini:Tanam Cendawan Volvariella Guna Tandan Sawit,Selepas 9 Hari Dah Boleh Tuai
Artikel Menarik:Resipi Cendawan Enoki Goreng Tepung Yang Crunchy Dan Senang Pula Nak Disediakan
Mingguan Wanita:Menarik juga Popia Enoki Goreng Crispy ni, boleh buat kudapan, bekal untuk anak ke sekolah.
Sumber: Zatul Akmal
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Nasi Goreng Jimat Masa…Tak Perlu Lauk Lain, Semua Zat Ada

Isi Kandungan
ToggleAduh..Kadangkala pening kepala memikirkan apa yang nak dimasak apatah lagi hari ini ada banyak kerja untuk dibereskan (work from home). Lantas tercari-cari hidangan yang lebih ringkas tetapi lengkap terkandung pelbagai zat di dalamnya. Apa kata anda cuba resipi nasi goreng ini. Lebih mudah kerana ia tidak perlukan lauk pauk sampingan lain.
Selain itu, boleh dimasak untuk makan tengah dan makan malam sekali gus. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!
NASI GORENG AYAM
BAHAN-BAHAN:
175 gram nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
3 sudu makan cili giling
1 biji telur
100 gram sawi – potong
100 gram kubis – potong
Garam secukupnya
1 ketul ayam ( paha / dada )
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
- Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili giling sehingga naik bau.
- Masukkan telur, garam, sawi dan kubis.
- Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
- Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.
NASI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
175 gram nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
50 gram kacang panjang – hiris halus
50 gram daun limau – hiris halus
50 gram anak jagung – hiris haus
1 batang serai – hiris halus
Sedikit daun limau purut – hiris halus
1 sudu makan pes tomyam
1 biji telur
100 gram isi ayam – potong
100 gram udang – bersihkan
100 gram sotong – potong nipis
1 biji cili merah/cili padi – potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama bahan yang telah dihiris. Masukkan telur, garam, sotong, ayam, udang, dan pes tomyam. Kacau sekata.
- Masukkan pula nasi dan gaul hingga sebati dan taburkan sedikit daun limau purut dan cili merah/cili padi jika hendak lebih pedas.
- Sedia dihidangkan dengan salad dan timun berserta sup kosong.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN:
175 gram nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
50 gram kacang panjang – hiris halus
50 gram daun limau – hiris halus

50 gram anak jagung – hiris haus
1 batang serai – hiris halus
1 batang bunga kantan – hiris halus
50 gram kubis – hiris halus
50 gram lobak merah – hiris halus
1 biji telur
100 gram isi ayam – potong
100 gram udang – bersihkan
100 gram sotong – potong nipis
50 gram taugeh
1 biji cili merah – potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama bahan yang telah dihiris.
- Masukkan telur, garam, taugeh, isi ayam, sotong dan udang.
- Masukkan pula nasi dan gaul hingga rata serta taburkan sedikit hirisan serai dan cili merah.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Resipi: Terima kasih Majalah RASA.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI